'Cuti umum yang terlalu panjang mungkin menjadi faktor peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin'
Hahahaha, sudah-sudahlah. Susah sangat ker ko nak buat PRK masa hari cuti Sabtu dan Ahad? Kenapa mesti buat hari bekerja?
Aku pun buat-buat tak faham kalau kau cakap sebab cuti panjang. Walaupun aku faham apa tujuan sebenar ko.
Aku tak tahu pulak, kerani ko, pegawai ko tak ada kalender dekat pejabat. Ke ko memang tak reti tengok kelender?
Ko boleh je kan tengok kalender dan tetapkan bukan pada hari bekerja. Dan boleh agak dah kan, tak sesuai buat pada hari 5 Mei tu. sebab cuti berkembar .. eh ko gaji mahal, takkan kerja macam ni orang nak ajar kot.
Apa lagi alasan nak ko bagi ..?
Senang cakap ko bagitau je yang kerja ko nak menangkan parti U***. dan apa caara sekalipun U*** pasti kena menang. Dan salah satu caranya ... hmmm ...
Aku tak adalah mudarat sangat, cuma aku tak berkenan cara ko. Ko jawablah pada keseluruhan pengundi nanti di padang Masyar. Kalau ko betul, alhamdulillah. Kalau ko tak betul, ko bertaubat, tapi dosa ko dengan pengundi pulak macam mana yerk ...?
Cuti umum yang terlalu panjang mungkin menjadi faktor peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin hanya 74% daripada
keseluruhan pengundi 53,294 orang, berbanding sasaran awal sebanyak 80%.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kemungkinan pengundi di Rompin membuat perancangan awal sempena cuti panjang
dan menyebabkan mereka tidak keluar mengundi pada hari ini.
"Pengundi di Rompin mendapat cuti 5 hari berturut-turut bermula Jumaat (cuti Hari Pekerja dan diikuti dengan 4 Mei cuti ganti Hari Wesak yang jatuh pada
Ahad), dengan 5 Mei diumumkan sebagai cuti peristiwa dan pada 7 Mei pula cuti umum negeri sempena Hari Hol.
"Jadi mungkin sudah ada pengundi yang mengambil cuti pada 6 Mei, menjadikan mereka terus mendapat cuti selama seminggu," katanya di Pusat Penjumlahan Undi
di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Rompin, malam tadi.
Sehubungan itu, Aziz berkata SPR akan mengadakan 'bedah siasat' terhadap penurunan itu, yang disifatkan sebagai ketara jika dibandingkan dengan peratusan
keluar mengundi sebanyak 86% atau 46,035 pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei 2013.
Selain itu, mengulas mengenai perjalanan pengundian hari ini, Aziz berkata beliau berpuas hati secara keseluruhannya, walaupun berlaku sedikit perkara
yang tidak diingini seperti tindakan segelintir penyokong parti merayu undi selepas tempoh rasmi berkempen tamat.
"Saya juga gembira dengan peratusan keluar mengundi pada sebelah pagi, yang begitu tinggi iaitu purata peningkatan sebanyak 15% setiap jam bagi 3 jam awal
selepas pusat mengundi dibuka pada 8 pagi.
"Namun, peratusan ini kemudiannya turun secara mendadak selepas jam 12 tengah hari sehingga tamat tempoh mengundi pada 5 petang," katanya.
Aziz berkata PRK Rompin membawa 'cabaran' tersendiri kerana secara peribadi kawasan Parlimen itu adalah PRK paling besar yang pernah dihadapinya, seluas
Melaka dan Negeri Sembilan.
"Malah, kawasan ini juga mencabar daripada segi logistik kerana kedudukan kawasan jauh, selain perlu menggunakan helikopter kerana terdapat pusat mengundi
di Pulau Tioman," katanya.
Aziz juga gembira dengan perancangan yang dilakukan semua pihak terlibat dalam PRK itu, sehingga membolehkan proses pengundian hari ini berjalan lancar,
dan keputusan juga dapat diumumkan seperti dijangka.
Pada PRK ini, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin menewaskan calon PAS Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi setelah meraih 23,796 undi berbanding
Nazri yang mendapat 14,901 undi.
PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas. – Bernama,
6 Mei, 2015.: TMI
Ko dan semua orang tahu.
Yang ramai tak mengundi golongan muda. Yang rata duduk di bandar. Kerja cari makan. Bayar GST. Kalau 36% lagi balik mengundi PAS. Mahu lingkup UMNO!
Takkan ko nak bagitau aku, yang banyak bercuti tu pakcik FELDA dan Makcik FELDA. Atau orang asli yang mudah digula-gula UMNO??? come on lah .. jangan buat lawak bodoh la beb. Nanti bikin malu tujuh keturunan.
Apapun, ko dah buat keputusan, mengundi hari bekerja. Dan ko buat keputusan atas dasar apa hanya ko dengan tuhan je tahu.
Cuma ko perlu tahu, lagi banyak korang buat hal, lagi meluat golongan muda pada UMNO. Nantikanlah kejatuhan BN. Takkan selamanya satu parti memerintah. Allah dah janji. Kalau kau masih hidup masa kejatuhan UMNO/BN. Mana tahu, ada habuan @ hukuman untuk ko di dunia.
byeeee penburukonline.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan