Melalui kolum ‘Bisik-bisik Awang Selamat’, kolumnis akhbar itu menyifatkan sudah tiba masanya Gani meletak jawatan, memandangkan faktor umur dan kesihatan yang menjejaskan tugasnya sebagai peguam negara.
“Khabarnya Gani sedang bercuti kerana menghadapi masalah kesihatan. Pada kesempatan ini, didoakan beliau segera sembuh.
“Secara peribadi, Awang berpendapat tidak wajar Gani terus dibebankan dengan tugas berat dan mencabar.
“Komitmen dan jasanya selama 12 tahun menyandang jawatan itu tidak boleh dinafikan sesiapa,” tulis Awang Selamat dalam kolumnya yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.
Selain menggesa Gani berundur, Awang Selamat turut cuba membuat spekulasi menngenai calon yang layak menggantikan Gani menduduki jawatan tersebut.
“Dengan kontrak perkhidmatan yang dijangka tamat tidak lama lagi, Awang tidak fikir beliau (Gani) mahu meneruskannya walaupun ditawarkan.
“Sampai pada tahap tertentu dalam kehidupan, kesihatan dan ketenangan untuk bersama keluarga jauh lebih bernilai.
“Biarlah orang baharu pula mengemudi cabaran. Siapakah orangnya,” soal Awang Selamat.
Menurut Awang Selamat, kelewatan Gani dalam melakukan pendakwaan sekali gus memberi kesan kepada imej kerajaan yang mendukung prinsip ketegasan penguatkuasaan.
“Itulah persepsi yang pada umumnya ada asas.
“Namun ada kalanya Awang bersimpati dengan Peguam Negara, Gani Patail yang sentiasa dihentam biar pun atas kelemahan pihak lain,” katanya.
Dakwa Awang Selamat, desakan agar Gani meletakkan jawatan semakin kuat apabila terbaru membabitkan kelewatan pendakwaan ke atas peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Sebenarnya isu kelewatan pejabat peguam negara bertindak bukan baharu.
“Paling panas dan menjadi perhatian sebelum ini adalah isu hasutan dan penghinaan terhadap agama Islam dan Raja-Raja Melayu.
“Rumusan mereka, pejabat peguam negara akhirnya menjadi penghalang kepada tuntutan untuk bertindak tegas, yang implikasinya kepada imej kerajaan,” tegas Awang Selamat dalam kolumnya itu.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan