Tidak! Kata apa saja, asal sahaja dikaitkan dengan UMNO, pasti ada 'baju kebal' yang akan menyelimuti. Bukan sekali dua kita lihat 'pengadilan' terpilih dari agensi-agensi yang menguatkuasakan sesuatu peraturan mahupun undang-undang.
Kesal? Hampa?
Pengundi sekarang bukan macam pengundi dulu. Tak banyak sudah tinggal saluran 1. Yang ada sekarang saluran 2 dan saluran 3 yang lebih matang. Tidak makan umpan 'rasuah politik'. Rasuah politik yang jelas hanya ibarat gula semantara. Bila habis, habislah sudah kemanisannya.
Cakap, Menteri mana yang tidak menabur janji. Kita hairan juga tiba-tiba harga rumah generasi kedua FELDA turun harga?
Betul ke turun harga? Jangan mudah percaya dulu. Semak dulu, tanya dulu, rasanya macam tidak berganjak. Jika benar sekalipun, berapa kerat sangat generasi kedua yang betul-betul susah mampu memilikinya?
Kerajaan prihatin yang mahu membantu generasi kedua?
Cuba tulis sini, bagaimana nak mendapatkan rumah generasi kedua? Mesti ada itu dan ini. Jika tiada, jangan bermimpi nak mendapat pinjaman.
Sebenarnya tanah plantation cukup banyak. Tapi habis dimonopoli oleh gerombolan pemimpin UMNO. Apa salahnya di buka tanah rancangan untuk generasi kedua? Tidak .. itu tidak menguntungkan. Tidak menguntungkan individu tertentu.
Dan kita lihat lagi 'rasuah politik' dan ugut dari pemimpin UMNO.
Ismail Sabri, bukan sekali ini bercakap seperti tidak berfikir terlebih dahulu.
Dulu dia telah memeningkan kepala Najib dengan isu peniaga Cina.
Masih ingat ketika dia menjadi Menteri yang menjaga hal ehwal pengguna?
Dia tidak selantang sekarang. Malah dilihat 'bersembunyi' di belakang persatuan minyak.
tengok sini
Bukan dia yang mengumumkannya... tapi orang lain!
Tapi apabila dia beralih kepada Kementerian lain, dia jadi lain macam.
Lain macam tapi memualkan.
Memang dalam politik, siapa paling kuat mengampu, dia akan cepat naik. Ini survivor politik. Ismail Sabri juga tidak terkecuali!
Berbalik kepada 'rasuah politik dan ugut' dari Ismail Sabri. Ini jawapan dari SPR;
Ismail Sabri bersalah jika pengundi Permatang Pauh terpengaruh janjinya, kata SPR - The Malaysian Insider
Pengundi di Permatang Pauh perlu dibuktikan terpengaruh dengan janji Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum menteri pertanian dan industri asas tani itu boleh dikategorikan melakukan kesalahan sogokan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusinya SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata selain pengundi perlu dibuktikan terpengaruh dengan kenyataan Ismail, mereka juga perlu dibuktikan terdorong untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dan tidak mengundi PKR.
“Sama ada kenyataan tersebut di bawah Seksyen 10 Akta Pilihan Raya 1954 adalah bergantung kepada siapa kenyataan tersebut dibuat dan adalah kepada pengundi kawasan tersebut.
“Jika tidak dapat bukti ada orang terpengaruh, bukan jatuh bawah sogokan Seksyen 10 tersbut.
“Kenyataan itu secara literal sahaja bukan satu sogokan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pada Sabtu menggesa SPR menyiasat Ismail atas kenyataannya yang akan menolak peruntukan pertanian jika PKR memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
Katanya, kenyataan menteri itu umpama rasuah yang melanggar Perkara 10(a) Akta Pilihan Raya 1954.
Bagaimanapun, Ismail pada Ahad berkata kenyataan itu bukanlah "rasuah" pilihan raya akan tetapi lebih mudah bagi pengundi untuk mendapatkan bantuan daripada menteri BN berbanding wakil pembangkang.
"Sebenarnya saya membandingkan antara wakil rakyat Barisan Nasional dan wakil rakyat pembangkang. Lebih mudah untuk membantu melalui wakil rakyat BN daripada melalui wakil rakyat pembangkang," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ismail pada Jumaat mengingatkan pengundi di Permatang Pauh melupakan terus sebarang bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jika PKR terus menang di kawasan itu.
Beliau sebaliknya berjanji akan meluluskan sebarang projek pertanian jika calon BN, Suhaimi Sabudin berjaya mengalahkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Soal pertanian, calon kita akan boleh bangkitkan di Parlimen. Tambahan pula ini adalah kawasan pertanian.
"Saya pasti akan luluskan semua yang diminta Suhaimi, jika beliau minta."
Tegasnya, beliau tidak berminat langsung untuk berjumpa dengan Dr Wan Azizah di pejabatnya jika calon PKR itu berhasrat merayu bantuan tersebut.
"Kalau Dr Wan Azizah, tak ada sebab pun untuk saya jumpa dia.
"Sampai lobi pun kita tak bagi dia masuk, sebab dia parti lain," kata Ismail sewaktu bercakap kepada lebih 100 orang penyokong BN di kawasan itu. – 4 Mei, 2015.
Biarkan ... dunia ini milik mereka.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan