Kes Altantuya adalah yang pertama tersenarai dalam soalan lazim (FAQ) dalam blog perdana menteri itu
Dalam jawapannya, Najib mempersoalkan mengapa "individu berpengaruh (dengan) pelbagai sumber" membangkitkan dan mengaitkan beliau dalam kes tersebut.
"Jika mereka percaya (berhubung dakwaan penglibatan Najib) adalah benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya apabila isu itu meletus lapan tahun lalu? Kenapa sekarang?" soal Najib.
Beliau berkata adalah "tidak adil" meminta kerajaan menyiasat semula kes itu untuk mencari siapa yang mengarahkan pembunuhan tersebut, sedangkan proses undang-undang telahpun habis.
"Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa mengenainya. Mahkamah telah menentukan siapa yang bersalah atas pembunuhan itu. Hal itu harus menjadi pengakhiran cerita.
"Walaupun perbicaraan mahkamah dan penghakiman yang panjang, masa yang mencukupi diberikan kepada perayu untuk kes mereka didengar dan diadili, sumpah laknat saya, penafian berulang saya telah dibuat, penjelasan umum yang disediakan oleh Razak Baginda, sesetengah orang terus mempersoalkan isu ini dan terus mencuba untuk mengaitkan saya."
Abdul Razak Baginda adalah sekutu Najib, yang telah dibebaskan daripada bersubahat membunuh wanita Mongolia itu.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Kenapa Najib terasa dgn permohonan supaya perbicaraan kes pembunuhan itu dikaji semula? Walhal tiada pun unsur menuduh Najib terlibat. Sebagai PM semestinya jelas baginya bahawa perbicaraan yg telah dilakukan itu adalah pincang! Siapakah individu yg hendak dilindungi itu? Adalah lebih wajar perbicaraan itu dikaji semula untuk membongkar siapa lagi individu yg terlibat dgn jenayah pembunuhan tersebut.
Catat Ulasan