Dalam pebincangan itu ada 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk ‘melompat’ sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid. Ditambah dengan sokongan PAS dan UMNO untuk mendapat majoriti mudah.
butiran penuh rujuk sini
Apa sebenarnya berlaku?
Berikut penjelasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi facebook beliau yang menyertai perbincangan bersama Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama
pelbagai ketua komuniti Islam baru-baru ini.
SAYA menyertai perbincangan antara Tuan Guru Hj Abdul Hadi bersama pelbagai ketua komuniti Islam baru-baru ini atas kesedaran betapa pentingnya bagi Malaysia
terus memperkukuhkan lagi hubungan baik yang sekian lama terjalin dengan pemimpin NGO Islam Indonesia ke arah membina satu rangkaian kerjasama menyeluruh
dan berkesan, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran rakyat ASEAN.
Amat kritikal untuk kita semua memastikan masyarakat Islam tidak ketinggalan dalam memainkan peranan dan tidak tercicir dalam kepesatan pembangunan ekonomi
terutama memanfaatkan potensi besar dengan wujudnya ASEAN Economic Community (AEC) yakni satu pasaran bebas bagi 600 juta penduduk atau setara dengan lebih
9% dari pasaran konsumer dunia. Namun, untuk mencapai hasrat tersebut, perlu ada kestabilan dari segi sosio-ekonomi dan politik terlebih dahulu.
Saya dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkesempatan mengunjungi rakan lama Speaker Dewan Perwakilan Indonesia Bp Irman Gusman
di Jakarta. Kami berbincang tentang peri penting mengukuhkan ikatan ukhwah antara masyarakat Islam khusus di rantau ini. ~ Harakah
TG Abdul Hadi juga mengatakan hanya kebetulan terjumpa TS Khalid Ibrahim di arena yang sama. Betul ke?
Jika ada usaha ke arah jawatan MB, kita desak semua pihak hentikan bermain politik. Masa untuk rakyat. Sudah-sudahlah tu.
Kita tunggu respon dari suara TV yang membawa cerita asal ini.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
i rasa jarum2 toyol hassan ali masih berperanan dalam PAS utk hancurkan parti
hassan ali bukan saja agen umno dan BTN malah seorang pendendam yg celupar.
jaga2 dgn air mata buaya hasan ali semasa ceramah.
air mata patut simpan utk malam hari ketika mengadap Allah sorang2 ,bukan penuh frame TV tayang kat orgramai.
tu airmata munafik namanya.
Catat Ulasan