Rabu, 29 April 2015

Saya tidak akan menyerah kalah - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pendiriannya untuk tidak akan sekali-kali menyerah kalah walaupun terus diserang dengan pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak.

“Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama timbalan perdana menteri, dan didokong pula para menteri serta rakan ahli pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah,” katanya sewaktu melancarkan laporan tahunan Program Transformasi Negara 2014 malam tadi.

Selain parti pembangkang, Najib turut dikritik oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mempersoalkan penglibatannya dalam pelbagai isu yang melibatkan 1MDB.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Najib turut mengajak seluruh rakyat bersama-samanya demi mencapai cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan disegani di pesada dunia.

“Selagi cita-cita murni tidak padam, kita tidak akan keseorangan, tidak pula hilang haluan dan pedoman. Ayuhlah…ayuhlah…bersama-sama berganding di atas roh perjuangan yang sama, kita terus menuju gagah ke hadapan, ke arah Malaysia yang maju lagi disegani di pesada dunia.”

* macam mana nak menyerah kalah. Kalau kalah lagi la teruk, banyak skandal yang belum selesai...

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: