Rabu, 29 April 2015

Najib berundur tidak lama lagi .. ini kemungkinannya!

Ketiadaan poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sekitar Parlimen Permatang Pauh menjadi tanda tanya semua pihak.

Dalam tinjauan sekitar 27 jentera daerah mengundi (JDM), bilik gerakan Barisan Nasional (BN) dan sekitar jalan raya parlimen itu mendapati tiada sebarang poster atau ‘banner’ Najib dalam kempen setakat ini.

Pengarah Strategik PKR, Sim Tze Tzin berkata, parti itu menganggap keadaan terbabit ekoran politik dalaman Umno yang mempengaruhi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan 7 Mei ini.

“Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, gambar Najib banyak di merata tempat. Jadi, adakah ketika ini Najib diboikot Menteri Dalam Negeri yang juga Pengarah PRK?,” soalnya dalam sidang media, di sini.

Tze Tzin berkata, tindakan memboikot Najib juga berkemungkinan dipengaruhi kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu beliau meletak jawatan.

“Adakah ini bermaksud Umno Pulau Pinang dan calon BN bersetuju dengan Tun M?.

“Saya mahu tanya calon dan Umno Pulau Pinang, sokong Tun M atau sokong Najib?,” soalnya.

Pada PRU 1999, selepas Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menang, Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Manakala, PRK 2008, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan selepas Tun Mahathir menyerang beliau dan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menang di Permatang Pau.

“Jadi adakah sejarah ini akan berulang? Permatang Pauh sinonim dengan perletakan jawatan Perdana Menteri, jadi adakah Najib juga akan berundur tidak lama lagi?,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: