Perdana Menteri Datuk Seri Najib Mohamad berkata, Tun Dr Mahathir pernah meminta beliau melaksanakan projek 'jambatan bengkok' untuk menggantikan Tambak
Johor ke Singapura.
Najib berkata, pemintaan itu disuarakan oleh Mahathir dalam satu perbincangan sebelum ini, sebelum perdana menteri keempat itu melancarkan serangan terbuka
ke atasnya.
Katanya, Mahathir juga tidak bersetuju dengan penyaluran bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah
“Dia ada satu dua perkara dia nak saya buat. Tapi saya dah beri pandangan atas perkara ini.
“Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor. Saya dah bagi pandangan atas perkara ini,” katanya.
Najib dalam wawancara khas yang dipancarkan melalui stesen televisyen berkata, isu berkenaan dibangkitkan dalam pertemuannya di kediaman Mahathir.
Dalam pertemuan itu juga, Mahathir tidak menyoal mengenai kes berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu secara khusus, kata Najib.
Menurut Najib, selepas itu barulah Mahathir melancarkan serangan terbuka kepadanya, yang dikesan “semakin sengit” sejak beberapa minggu lalu.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
6 respon:
jambatan bengkok lebih murah dr gst.
jambatan itu mengecewakan singapura, dn singapura sedang pegang telur seseorg berkuasa di siini.
Dari Mahathir , biar Najib.Mamak ni Ular pembelit.Banyak ke rosakkan masa jd PM.Siapa berani tegur.Piii Dah......
Aliyya Najihah - mak bapak kamu tak dapat "habuan" dari Tun ke yang marah sangat ni ?
Haha statement paling kelakar. kesian kat kakak . Haha
Jalankan tugas dengan baik, datuk Seri nasib, walau apa pun halangan, selagi dara Tun rajak mengalir di badan mu
Jalankan tugas dengan baik, datuk Seri nasib, walau apa pun halangan, selagi dara Tun rajak mengalir di badan mu
Catat Ulasan