Khamis, 16 April 2015

KJ pentingkan diri sendiri

Mereka mana ada hati perut. Yang penting jaga periuk nasi sendiri. Kalau rakyat nak melarat ke, apa ke ..? Janji elaun ahli parlimen akan dinaikkan tak lama lagi. Siapa peduli?

Tak kira rakyat yang menyokong PR atau rakyat yang menyokong BN. Semua rasa....


Sokongan yang dibuat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada kepimpinan Perdana Menteri dikatakan pentingkan diri sendiri.

Pendiriannya dianggap tidak membela nasib golongan muda yang tertekan dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Sekretariat #KitaLawan, Akmal Nasir berkata, Khairy menyatakan sokongan semata-mata untuk memastikan kuasanya kekal dalam arena politik yang kini dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pada pendapat kami, beliau (Khairy) telah gagal menjalankan amanah beliau sebagai menteri apabila tidak mempertahankan nasib anak muda yang kian tertekan dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Tetapi beliau lebih sibuk menjaga kepentingan dan kedudukan peribadi untuk mengampu Najib sedangkan kepayahan anak muda menghadapi GST langsung tidak dipedulikan,” katanya dalam satu sidang media di perkarangan Dataran Merdeka.

Beliau merujuk kepada tindakan Khairy yang mengarahkan seluruh jentera Pemuda UMNO untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri yang kini ditekan hebat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah sikap Khairy yang berdiam diri sejak pelaksanaan GST awal April lalu sehingga sekarang, tanpa sebarang kenyataan untuk membela anak muda juga dipersoal Akmal.

Dalam pada itu, dia juga mengumumkan Sekretariat #KitaLawan akan turun padang dengan menggunakan pendekatan berbeza melalui protes berbasikal di sekitar Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: