Khamis, 9 April 2015

Ke mana perginya semua kekayaan negara?


Mok Khuen: Terima kasih kerana mengutarakan isu ini. Ia sukar dibayangkan, kita seharusnya jauh mendahului Singapura dari segi ekonomi, tetapi kini jauh
ketinggalan, mundur ke tahap yang begitu rendah. Walaupun dengan hutan kita yang melata, tanah yang luas kaya dengan galian, mereka yang memegang tampuk
kuasa dapat membazirkan kesemuanya, apakah penyelesaiannya?

Md Sezehli: Negara kita telah reput sehingga ke terasnya. Skandal, rasuah, manipulasi, saya tidak nampak penghujung semua kegilaan ini.

Moses Jolly: Ibu bapa bertanggungjawab untuk mula menabung bagi anak-anak mereka, sebelum ibu bapa berkahwin.

Teng Meng: Menyedihkan. Sangat, sangat menyedihkan. Kita boleh menjadi seperti Brunei di mana rakyatnya mendapat wang dari kerajaan, dan tidak perlu membayar
cukai. Ke mana perginya kesemua kekayaan negara, mungkin soalan bodoh?

Seow Sing Randy Yong: Jadi apakah penyelesaiannya? Kita rakyat Malaysia masih tidur. Jika mereka terjaga BN mungkin tidak lagi dapat menjadi kerajaan.
Ramai rakyat Malaysia tidak bimbang tentang generasi akan datang. Mata mereka dibutakan bantuan-bantuan picisan. Ini akan menghasilkan rakyat Malaysia
masa hadapan dan masa kini yang banyak berhutang.
Kita tidak boleh menyalahkan BN, kita yang harus dipersalahkan kerana mengundi mereka pada pilihan raya yang lepas. Terima kasih kepada yang menyokong
mereka, dan ini adalah apa yang berlaku kepada anda sekarang.

Snookie Boo: Bukan Malaysia sahaja. Kebanyakan negara berada dalam senario yang sama. Salahkan golongan elit. Mereka sebenarnya makan tengah hari bersama-sama
dan membincangkan cara untuk menindas kita.

Penny: Pasangan-pasangan yang baru berkahwin, lebih baik anda membaca ini dan pertimbangkan secara serius, sebelum memulakan keluarga!

MusaNg: “...apa yang kita ada hari ini adalah hutang persekutuan berjumlah sekurang-kurangnya RM800 billion atau lebih..." Biar betul!!! Jadi, memandangkan
kita mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 30 juta, bahagian saya dalam hutang itu adalah kira-kira RM27,000!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

KAMI RAKYAT MALAYSIA HANYA MAMPU BERDOA YA ALLAH YA TUHAN KAMI KAMI RAKYAT MALAYSIA YANG BERUGAMA ISLAM MERASA KAMI TELAH DIIANAYAKAN OLEHA PIHAK PEMERINTAH YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAP SERTA TIDAK AMANAH UNTUK KEBAJIKAN KAMI SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA .HIDUP KAMI SUNGGUH DALAM KEADAAN TERTEKAN DGN TINDAK TANDUK PERLAKSAANA GST DAN SERTA TINDASAN TINDASAN YANG BERKAITAN DGN KEWANG AN YANG PIHAK MEMERINTAH IN TELAH MENYALAH GUNAKAN DANAYA ALLAH YA TUHAN KU AZAP KAN LAH MEREKA HANCURKANLLAH MEREKA YA ALALHA YA TUHAN KU.MUSNAHKAN LAH SEMUA PERANCANG MEREKA YANG MENGKHIANATI RAKYAT YA ALLAH YA TUHAN KU.TIMPA KAN BALASAN TERHADAP MEREKA,KELUARAGA MEREKA ANAK MEREKA ZURIAT MEREKA DAN JUGA YANG BERSONGTONGKOL DGN MEREKA MUSNAHKAN LAH MEREKA YA ALLAH YA TUHAN KU

Tanpa Nama berkata...

Kalau untuk negara yg ditadbir urus dgn baik dan mempunyai sistem pelaporan kewangan dan pencapaian sistematik, memang patut rakyat membantu memperbaiki Ekonomi Negara. Dan hukumnya HARUS untuk rakyat menyokong. tetapi dengan LAPORAN Kewangan Negara yang diselindungi, prestasi ekonomi semacam di muka-mukan baik semuanya, bertentangan dengan ketirisan yang melampau, pemfokasan projek berpilih mewah, peruntukan kos pembangunan melebihi keperluan yang tidak dimaklumkan kepada rakyat, penyalahgunaan wang rakyat yang tidak berbatas, rakyat sukar memberi pandangan kpd pemimpin, wakil rakyat yang gagal menyampaikan hasrat rakyat bawahan, tiba-tiba minta rakyat sokong GST, sokong apa saja yg dia orang buat, betul ke tidak, rakyat tak dapat nak access dgn jelas. Dia orang yg buat ekonomi merudum, buat nilai mata wang jatuh menongeng, beri bantuan kpd rakyat sikit, minta dari rakyat yg banyak. Cakap berdegar-degar, cakap ekonomi negara maseh baik. so why harga barangan semakin meningkat, why perlu cukai tambahan... mesti ada agenda tertentu, kena mengajku kalau tak mampu tadbir, serahkan kpd orang yg mampu menguruskannya. Skrg ni rakyat mahu tak mahu terpaksa bayar juga GST , lebih 80% rakyat Malaysia yg pendapatan kuran RM2500 yang menangung beban hutang negara dalam hati mereka terpaksa bayar kerana hidup tapi 1 sen pun mereka tidak halalkan untuk GST tu. So apa mcm , kalau pendapatan negara kebanyakkan rakyat tak halalkan. Ada keberkatan ke ? fikir-fikirkan lah.