Sabtu, 4 April 2015

Jamaluddin Jarjis antara VVIP terlibat nahas helikopter terhempas

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis antara enam individu yang berada dalam helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru Semenyih, petang tadi.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan, Dr Jamaluddin bersama lima yang lain menaiki helikopter itu dari Kuantan ke Subang itu.

"Setakat ini, kami masih mengumpul maklumat terperinci berhubung insiden itu.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat," beliau dipetik sebagai berkata.

Dr Jamaluddin merupakan bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Selain Dr Jamaluddin, helikopter tersebut dikatakan turut membawa Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan, Datuk Robert Tan, pemilik Chempaka Aviation, Ajdiana Baiziera dan pengawal peribadi, yang dikenal pasti sebagai Raskan.

Turut dikatakan terbunuh dalam insiden malang itu Kapten Cliff Fournier.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, keenam-enam mayat berjaya ditemui pada jam 8.15 malam ini.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: