Khamis, 2 April 2015

Isteri letih, suami kecewa

Soalan:

Assalamualaikum. Saya adalah seorang isteri berkerjaya dan sudah dikurniakan dua anak. Tanggungjawab sebagai setiausaha di sebuah syarikat pengiklanan
yang besar dan tugas menjaga dua anak dan suami sering menyebabkan saya keletihan.

Bayangkan setiap pagi terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi bagi menyiapkan sarapan dan bekalan anak sebelum dihantar ke rumah pengasuh. Sepanjang hari
terpaksa terkejar ke sana sini bagi memenuhi tuntutan tugas. Pulang ke rumah selepas waktu Maghrib dalam keadaan tertekan.

Kemudian ditambah pula dengan kerja rumah yang perlu dibereskan. Kesannya, sebelum jam 10 malam, saya sudah tidur dalam keadaan keletihan yang amat sangat.
Bagaimanapun keadaan ini menyebabkan suami sering kecewa tidak dapat bersama ketika sangat berhajat. Saya juga berasa bersalah kerana gagal menjalankan
tanggungjawab sebagai isteri.

Tetapi apakan daya, kudrat saya memang tiada, malah keinginan seksual juga langsung tidak muncul kerana keletihan. Sejak kebelakangan ini, suami seperti
hilang sabar dan mula marah-marah.

Beliau ada membacakan mafhum hadis yang menyatakan isteri yang tidak mahu melayan keinginan suami hingga suaminya tidur dalam keadaan kecewa, dia pasti
akan dilaknat malaikat hingga Subuh. Apakah benar hadis ini dan adakah saya dianggap derhaka kepada suami serta dilaknat malaikat?

Jawapan:

Tahniah saya ucapkan kepada puan dan isteri yang gigih menjalankan pelbagai tugas setiap hari. Saya percaya puan melakukan semua ini demi menjamin kebahagiaan
dan kesejahteraan insan disayangi, iaitu anak dan suami.

Wajib sedia keperluan

Perlu dijelaskan tanggungjawab mencarikan nafkah untuk keluarga terletak sepenuhnya atas bahu suami. Bererti mereka wajib menyediakan keperluan keluarga
dengan sempurna dengan bekerja bersungguh-sungguh, sedangkan isteri tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah.

Justeru, apabila isteri reda keluar bekerja mencari nafkah bagi membantu suami melaksanakan tanggungjawabnya, sudah tentu suami perlu bertolak ansur.

Hadis dimaksudkan suami puan adalah hadis riwayat Abu Hurairah yang melaporkan ucapan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila seorang suami mengajak isterinya
untuk bersetubuh, tetapi tidak diendahkan isterinya, lalu suaminya tidur malam itu dalam keadaan marah kepadanya. Isteri berkenaan dilaknat malaikat hingga
Subuh."

Tidak adil bagi suami menggunakan hadis ini ke atas puan sedangkan situasi puan berbeza. Laknat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah apabila seorang
isteri menolak keinginan suaminya untuk bersama tanpa alasan yang kukuh, sedangkan dalam kes ini, puan menolaknya kerana terlalu letih.

Bina keluarga sempurna

Mustahil Allah dan malaikat akan melaknat isteri yang bekerja siang dan malam bagi membantu suami membina keluarga sempurna. Sebaliknya, suami yang gagal
meringankan kerja isteri sepatutnya dihukum. Tambahan pula kerja rumah seperti memasak dan membasuh bukan tanggungjawab isteri, tetapi suami!

Sebaiknya dalam situasi puan ini, suami perlu memainkan peranan membantu tugas di rumah bagi meringankan beban isteri. Usah paksa suami melakukan apa yang
tidak mampu dilakukan seperti memasak dan membasuh. Sebaliknya, minta dia membuat kerja sampingan seperti menjaga anak ketika puan masak, mengemas rumah,
memastikan pakaian yang kotor dimasukkan ke dalam bakul dan membasuh sendiri pinggan digunakan.

Kerjasama begini dapat meredakan sedikit ketegangan puan dan secara tidak langsung puan akan berasa dihargai suami. Bermula daripada perasaan terharu dan
dihargai akan lahir keghairahan untuk bersama. Ini rahsia untuk suami yang memiliki isteri yang keletihan kerana bekerja. ~Berita Harian


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

Nafkah keluarga bukan tugas isteri, jika isteri pula yg menggalas tanggungjwb nafkah keluarga, sebhgn atau sepenuhnya, suami haruslah memahami dan membantu pengurusan rumahtangga. Dan jika berlaku kekurangan dan kelemahan di pihak isteri, suami seharusnya memahami, bukan bersikap mementing diri sendiri. Jika hingga terjadi perkara perkara yg tidak diingini, ia bahkan merupakan kegagalan suami menjlnkan kewajipan mencukupkan keperluan nafkah keluarga, juga kegagalannya sbg pengendali utama rumahtangga.

Tanpa Nama berkata...

Amal ni... Sebelum nak tidur baca Subahanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahhu Akhbar 33x... petua Rasulullah SAW kepada anaknya Fatimah ra.

Li berkata...

Kenapa isteri perlu keluar kerja?
Suami suruh?

Tanpa Nama berkata...

Ada suami yang Isteri nya bekerja sebagai Pramugari dan meninggalkan suami tiga ke empat malam Lebih malang bila pulang ke sini Isteri datang haid Masih ramai yang kekal sehingga sekarang

Memasak dan membasuh bukan tugas berat Dikaca tv banyak program yang melibatkan lelaki masak dan membasuh bukan lagi menguna tangan

Suami yang bagi alasan sebegini hanya terfikir untuk kawin satu lagi Yang bersusah payah Isteri yang nak seronok si suami

Jika tak dapat bersama adakalanya 'selesai' dengan bermimpi hehehe

Tanpa Nama berkata...

Hehe

Harry Mazlan berkata...

Alasan..kesian org laki. Korang tahu apa yang buat kami cari perempuan lain? Sebab nak rasa perasaan yg lama hilang. Rasa keinginan seks atas dasar ghairah bukan kerana tugas. ...korang letih? Macamnilah..korang belajar hisap or lancap la..senang kalau malas sangat..kalau tak jgn marah kami buang duit dekat pelacur