Sabtu, 7 Mac 2015

Akaun twitter palsu Ustaz Kazim


'Printscreen' akaun palsu yang menggunakan nama 'Ustaz Kazim Elias' yang dimuat naik oleh penceramah bebas itu di laman Facebooknya.

  • Ustaz Kazim pertikai kredibiliti Dr Maza


Ustaz Mohd Kazim Elias hari ini mempersoalkan kredibiliti Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza di akaun Facebooknya
yang bersandarkan kepada akaun Twitter palsu sebagai bukti dirinya mengeluarkan hadis palsu.

Kazim Elias menerusi Facebooknya telah memuat naik ‘printscreen’ yang memaparkan Facebook Dr. Maza telah menggunakan Twitter palsu yang menggunakan nama
Ustaz Kazim Elias sebagai bukti dakwaan Kazim mengeluarkan hadis palsu.

Menerusi ‘printscreen’ itu, Dr. Maza menyatakan buat sementara waktu, bagi yang meminta bukti segera, mereka boleh melawati Facebook Ustaz Mohd Kharil
Anwar dan Ustaz Kadir Sahak terlebih dahulu memandang dirinya sedang sibuk.

  • akaun twitter palsu Ustaz Kazim




Kazim Elias mempersoalkan bagaimana seorang mufti boleh mengeluarkan bukti bersandarkan kepada akaun Twitter palsu yang menggunakan namanya.

“Apabila kita meminta kemukakan bukti, bawa bukti daripada akaun palsu, apa ini? Main tangkap muat sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, sekeping surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis kepada pengurusan penganjuran satu forum agama telah tersebar secara meluas di laman Facebook
sehingga menimbulkan pertikaian di kalangan pengguna laman sosial itu.

Isi kandungan surat tersebut menyatakan ketidaksetujuan jabatan itu terhadap jemputan seorang ahli panel pada program sempena Keputeraan Duli Yang Maha
Mulia Raja Perlis yang ke-69 sehingga mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Surat yang ditandatangani oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza itu menjelaskan pihaknya tidak bersetuju
sekiranya penganjur mahu menjemput Datuk Kazim Elias sebagai panel jemputan.

Bagaimanapun, tulis Dr. Maza di dalam surat itu bahawa pihaknya menyambut baik hasrat penganjuran forum tersebut, namun, panel yang diundang itu dianggap
terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Dr Maza juga telah menjawab dengan penuh wibawa tuduhan dan serangan balas dari Ustaz Kazim.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: