Rabu, 4 Mac 2015

Surat Dr Maza tolak Ustaz Kazim jadi penceramah tersebar


Mufti Perlis, Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin a.k.a Dr MAZA sambil menyambut baik hasrat Pejabat Menteri Besar Perlis menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis Yang Ke-72 dan Ulang Tahun RTM Ke-69 Tahun, tetapi dengan bersyarat, iaitu Panel Forum yang dicadangkan iaitu Ustaz Datuk Kazim Elias tidak dipersetujui kerana sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat yang palsu..

Keputusan muktamad Mufti Perlis ini telah disuarakan melalui surat yang dialamatkan kepada Senator Mohd Khalid bin Ahmad, Pejabat Menteri Besar Perlis yang di faxkan.

Nampaknya ketegasan Mufti Perlis ini harus dipuji dan disanjung kerana tegas dan jelas dalam pendirian serta penilaiannya mengenai butiran ceramah Ustaz Kazim Elias yang sering menjadi kontroversi.

Bukannya memberikan alasan picisan tidak mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perlis.

Alasan diberikan itu memang logik dan boleh diterima akal, kerana jika sering meriwayatkan kisah-kisah yang palsu dan tipu maka yang menjadi mangsa ialah para pendegar yang anggap ianya perkara sahih dan benar. Akhirnya umat Islam yang mendengar dan percaya akan menjadi umat yang sesat dan terkeliru.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Semasa memberi ceramah nya dlam prog PU Astro sy trasa kisah yang disampaikan ttg diri nya ada yg tak kena

Semasa PRK menentang calun DAP Dyana Kazim menyatakan dia menolak jawatan majlis tertinggi UMNO kerana keluarga dan dia sendiri di maki sedangkan sebelum itu dalam tempuh membuat keputusan dia sendiri mengatakan buat solat tahjud dan mendaptkan nasihat dari 3 orang ulamak ...

Tanpa Nama berkata...

Ipoh dahkenal kazim ni!

Tanpa Nama berkata...

Bermasalah betul mufti ni.

Tanpa Nama berkata...

Allah tidak suka hambanya bertelagah sesama sendiri INI mendatangkan fitnah .fikir fikirkan wahai hamba allah