Rabu, 11 Mac 2015

Rafizi isytihar harta


Sekarang cabaran yang ke berapa ratus kali kita tujukan pula kepada semua barisan Kabinet BN. Orang pertama sekali yang kita nak tahu adalah kekayaan Najib Razak. Ada berani ..?

Pui ... mesti kata, bahaya jika dedahkan kepada orang awam. hahahhaa buduh la siapa yang percaya pembohongan dan kelentong pemimpin BN.

Berapa banyak harta dan kekayaan sebelum dan selepas menjawat jawatan Perdana Menteri?

Sekarang bro Rafizi dah buktikan, jangan jadi bachul belaka.


Mengotakan kata-katanya, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan aset dan perbelanjaannya hari ini.

Ia menunjukkan pendapatan Rafizi sebanyak RM11,171 sebulan di samping mendapat faedah RM4,000 sebulan daripada Tabung Haji dan Amanah Saham Bhd.

Beliau juga mendapat RM3,000 sebulan sebagai perunding korporat.

Dia juga mengisytiharkan mempunyai aset bersih sebanyak RM1.56 juta dan hutang RM395,937.

Bagaimanapun, beliau juga dipercayai menyindir isteri perdana menteri Rosmah Mansor dengan berkata perbelanjaan menggunting rambutnya cuma RM10.

Rafizi mengambil langkah itu sebagai menyahut cabaran pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Syed Ali Alhabshee.

Syed Ali, ketua Umno Cheras, membangkitkan gesaan itu selepas pembangkang mengasak dalam itu kekayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

'Giliran PM bersihkan nama'

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata beliau membuat akuan berkanun dengan perincian harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaannya.

Beliau juga memberikan latar belakang pendapatan dan kedudukan hartanya sebelum menjadi ahli politik dan wakil rakyat.

“Saya mengambil langkah ini untuk menyahut cabaran pemimpin Umno sebelum ini supaya pimpinan Pakatan Rakyat mengisytiharkan harta,” katanya.

Beliau juga berkata jika beliau yang tiada sebarang jawatan dalam kerajaan boleh mengisytiharkan hartanya, perkara yang sama boleh dilakukan oleh anggota
kabinet dan perdana menteri.

“Saya menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan kaedah ini untuk membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan yang tidak berpadanan dengan
gaji,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

ra fizi cuba cari benda lain kalau nak buat isu pun....MEREPEK....KAU DENGAN PM MACAM LANGGIT DENGAN BUMI....sanggup ke mahaguru dap kau istiharkan harta dia orang

Tanpa Nama berkata...

Kalau aku yg tak punyai harta dan wang ringgit yg tak seberapa ni pun taknak declare...sbb takut kena rompak dan pecah rumah atau jadi mangsa atau target....declare pada ketua jabatan sudahlah,.....apa nak kecoh2......