Rabu, 11 Mac 2015

Iklan terbaik: Beli rumah dapat isteri percuma

Iklan Terbaik, Beli Rumah Dapat Isteri | Seorang wanita berusia 40 tahun kini menjadi perhatian di Indonesia selepas mengiklankan rumahnya untuk dijual
sekali gus sudi menjadi isteri kepada pembeli rumahnya.

Iklan Terbaik, Beli Rumah Dapat Isteri
Wina yang juga pemilik salun berkata, dia tidak menyangka iklannya di Internet itu menjadi ‘viral’ di media sosial, namun tegas menyatakan bukan sengaja
mencari glamor.

“Saya jujur tidak mencari sensasi, memang tulus menjual rumah dan cari suami,” katanya ketika ditemubual Kompas.com, di rumahnya di Randu Gunting, Tamanmartani,
Kalasan, Sleman, di sini, semalam.

Menurut Wina, dia memerlukan wang dan pada masa sama mahukan suami yang boleh melindunginya dan menjadi imam kepada keluarganya.

Katanya, dia juga bersedia berkahwin dengan pembeli rumahnya kerana ia mempunyai nilai sejarah tersendiri berikutan dibina atas kehendak arwah ibunya.

"Jika rumah ini dijual dan pembelinya jadi suami, saya tidak perlu pindah. Rumah ini nazar arwah ibu saya," katanya yang mengakui sudah ramai yang menghubungi
ejen yang membantu menjual rumahnya, Dian.

Iklan Terbaik, Beli Rumah Dapat Isteri

Wina berkata, jika ramai calon pembeli yang berminat dan sekali gus mahu melamarnya sebagai isteri, dia akan memilih yang benar-benar baik dan bertanggung
jawab.

"Ya, kalau satu tidak (perlu pilih), tapi kalau banyak, saya akan buat pilihan. Saya ingin suami yang baik dan bertanggungjawab dan boleh menjadi imam
keluarga,” katanya.

Wina baru-baru ini mahu menjual rumahnya dan mengiklankannya di Internet dengan menggunakan ayat ‘Penawaran Langka Abad Ini !!! Beli rumahnya bisa mengajak
pemiliknya menikah (syarat dan ketentuan berlaku) hanya untuk pembeli serius dan tanpa nego’.

Iklan Terbaik, Beli Rumah Dapat Isteri

Rumah berkeluasan 523 meter persegi itu mahu dijual dengan harga Rp 999,000,000.00 (RM282,601).

Wina dibantu Dian yang mencadangkan penggunaan ayat berkenaan dalam iklan yang disiarkan dan dipersetujui Wina yang sememangnya mahu mencari jodoh selepas
dua kali putus cinta.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/35969#sthash.g7500Kjj.dpuf

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

gua mahu buat loan, gua layak

tapi kalau wanita tu jadi mak mertua ke, kakak ipar ke, lagi manis... masih boleh duduk dgn gua dlm rumah tu.