Ahad, 22 Mac 2015

Sijil nikah anak Najib palsu


Kandungan dokumen palsu itu antara lain menyatakan nilai mas kahwin ialah RM111 dan jumlah hantaran sebanyak US$500,000.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjelaskan surat perakuan nikah anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya Daniyar Kessikbayev, yang tersebar di media sosial, adalah palsu.

Pengarah JAWI Paimuzi Yahya berkata, maklumat mengenai mas kahwin dan jumlah hantaran yang tertera pada surat perakuan nikah itu adalah tidak benar selain sijil berkenaan tidak ditandatangani pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk JAWI.

“Pihak JAWI ingin menegaskan bahawa surat perakuan nikah berkenaan adalah palsu,” katanya dalam kenyataan.

JAWI turut menyertakan salinan surat perakuan nikah palsu yang dilaporkan viral di media sosial dan salinan surat perakuan nikah asli bersama-sama kenyataan itu.

Kandungan dokumen palsu itu antara lain menyatakan nilai mas kahwin ialah RM111 dan jumlah hantaran sebanyak US$500,000.

Salinan dokumen asli yang diperoleh daripada JAWI memaparkan nilai mas kahwin ialah sebanyak RM5,000 tanpa menyatakan belanja hantaran, lapor Bernama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan sendiri akad nikah pasangan itu dalam satu majlis di Putrajaya pada Khamis.

Nooryana Najwa dan Daniyar mula berkenalan ketika kedua-duanya menuntut di Amerika Syarikat.

- FMT

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: