Walaupun kedua-dua telefon itu adalah legasi daripada peranti sebelum ini, namun ianya adalah reka bentuk yang baru dan segar daripada Samsung.
Bermula dengan kejutan S6 yang menggunakan aloi tahan lasak dan calar bagi rangka dalaman serta sisi, diikuti dengan S6 Edge yang mempunyai ciri lengkung di kedua bahagian tepi paparan peranti terbabit.
Kedua-dua peranti itu dikuasakan dengan pemproses lapan teras (Octa Core) 2.1 gHz dan 1.5 gHz dengan keupayaan mengecas pantas serta tanpa wayar iaitu Qi Wireless Charging.
Tidak cukup dengan itu, Samsung menambahbaik ciri kamera yang dilengkapi pengesan fokus, apertur f1.9 buat penggemar kesan bokeh, serta beberapa ciri baru mod yang tersedia di dalamnya.
Ciri pengstabilan optik turut dimuatkan ke dalam kedua-dua peranti tersebut dengan 16 megapiksel kamera belakang dan 5 megapiksel kamera depan.
Rangkaian yang digunakan ahli baru Galaxy ini adalah LTE Cat 6, dengan kelajuan 300mbps muat turun dan 50mbps keupayaan muat naik.
Memori dikuasakan dengan 3GB LPDDR4 diserta dengan tiga variasi storan dalaman iaitu 32, 64 dan 128GB Penstoran Flash Universal (UFS 2.0).
Kedua-dua telefon ini dilengkapi dengan sensor Accelerometer; Light; Gyroscope; Barometer serta Pengesan Cap Jari yang ditambah baik berbanding peranti sebelum ini. Hanya dengan sentuhan, tidak perlu membuat sapuan jari lagi.
Kapasiti bateri kedua-dua peranti ini adalah 2,550mAh bagi S6 dan 2,600mAh bagi S6 Edge.
Harga rasmi kedua-dua peranti ini bakal diumum mengikut negara dengan anggaran bermula RM2,500 dan tiba di Malaysia pada hujung Mac ini.
Tidak seperti peranti sebelumnya, S6 dan S6 Edge ini tidak boleh dibuka bahagian belakang peranti untuk menukar bateri serta menambah storan dalaman, namun setiap yang baru pasti ada kelebihan yang perlu dikorbankan dan pengorbanan ini sangat berbaloi.
Spesifikasi Samsung S6
Galaxy S6 dan S6 Edge
Paparan: 5.1 inci Quad HD Super AMOLED 577ppi
Pemproses: 8 teras 64-bit
Rangkaian: LTE Cat 6. (300/50Mbps)
Kamera: 16 megapiksel dengan penstabilan optik (belakang) dan 5 megapiksel (depan)
Memori: 3GB (LDDR4)
Storan: 32, 64 dan 128GB (UFS 2.0)
Storan tambahan: Tiada
WiFi: 802.11 a/b/g/n/ac MIMO 620Mbps
Penyambungan: Bluetooth v4.1 + LE
Sensor: Accelerometer; Light; Gyroscope; Proximity; Kompas; Barometer; Pengesan Cap Jari; Hall dan HRM
Ukuran dan berat: (S6) 143.4 x 70.5 x 6.8mm, 138gram. (S6 Edge) 142.1 x 70.1 x 7.0mm, 132 gram
Bateri: (S6) 2,550mAh, (S6 Edge) 2,600mAh
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan