Isnin, 2 Mac 2015

Bangun tidur buah zakar pelakon ini hilang! Apa sudah jadi ...

RUSIA - Apa perasaan anda sekiranya salah satu organ badan anda hilang selepas bangun dari tidur?

Ia tentu menakutkan tetapi itu yang dialami seorang pelakon, Dmitry Nikolaev, 30, yang mendapati buah zakarnya hilang dengan tiba-tiba.

Kejadian berlaku dalam sekelip mata, selepas dia bertemu seorang wanita yang cantik.

Mereka menghabiskan masa berpoya-poya dengan minum di bar sebelum mandi sauna. Namun selepas itu Nikolaev, yang telah berkahwin itu, tidak sedarkan diri.

Keesokan harinya, Nikolaev mendapati dia berada di tempat menunggu bas dalam keadaan kesakitan dan seluarnya pula dipenuhi darah.

Selepas dikejarkan ke hospital, Nikolaev dimaklumkan oleh doktor bahawa buah zakarnya telah dicuri dan proses itu melibatkan pembedahan yang dijalankan oleh seseorang yang pakar dalam perubatan.

Polis juga percaya Nikolaev diberi dadah sebelum dia tidak sedarkan diri.

Pada mulanya, pelakon itu berasa malu untuk menerangkan perkara berkenaan kepada isterinya namun akhirnya dia tiada pilihan.

Susulan itu polis kini sedang memburu sindiket berkenaan termasuk seorang doktor yang menjual organ berkenaan di pasaran gelap.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: