Asisten Superitendan Badrol Hisham Othman, 44, didakwa memikat wanita berusia 43 tahun itu, yang juga isteri seorang guru berusia 48 tahun, dengan niat supaya wanita itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya.
Badrol Hisham, yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Sungai Besi di sini pada 6 Mac, 29 April dan 13 Oktober 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan.
Hakim Zulqarnain Hassan membenarkan Badrol Hisham diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 10 April untuk sebutan. -Bernama
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Salam 1rasuah ,
Cina datang sehelai sepinggang jadi kaya, india datang sehelai sepinggang jadi doktor kaya, singh datang sehelai sepinggang jadi lawyer kaya, Pakistan datang sehelai sepinggang jadi tokey kedai kaya, Indonesia datang sehelai sepinggang jadi kontraktor kaya, Kemboja datang sehelai sepinggang jadi peniaga kaya. Rumah tepi loji taik naik pegi atas bukit kerana rajin.
Melayu pun kaya, kaya komplen, nak masuk u pakai kuota 3A, nak masuk kerja pakai cable sanak saudara, nak kaya cepat ali baba, usaha malas semua nak short cut, last-last rumah atas bukit turun tepi loji taik kerana rajin komplen.
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai. Heee
Catat Ulasan