Khamis, 12 Mac 2015

Gambar dua wanita separuh bogel tepi pantai jadi viral

Aksi separuh bogel dua wanita warga asing bermain di persisiran pantai yang dikatakan berlaku di Pulau Sulug, Sabah, yang disebar di laman sosial - Foto: Facebook

Gambar gelagat dua wanita warga asing yang bermain pasir dalam keadaan separuh bogel tanpa coli, dipercayai berlaku di Pulau Sulug, Kota Kinabalu tersebar luas di laman social dan menjadi viral

Perlakuan itu mendatangkan kemarahan orang ramai kerana tidak menghiraukan sensitiviti masyarakat setempat.

Pihak pengurusan Taman-Taman Sabah yang dihubungi The Rakyat Post berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai gelagat dua wanita itu.

Menurut jurucakap Taman-taman Sabah, setakat ini, Pulau Sulug jarang dikunjungi orang ramai seperti mana pulau-pulau di dalam kawasan Taman Tunku Abdul Rahman ekoran kekurangan kemudahan asas untuk pelawat disediakan.

Bagaimanapun katanya, rondaan dan pemeriksaan serta kerja-kerja pembersihan dilakukan daripada masa ke semasa oleh pihak Taman-Taman Sabah.

“Pulau itu juga bukanlah ditutup kepada orang ramai, namun sesiapa yang ingin datang ke sana, perlu mendapatkan kebenaran daripada Taman-Taman Sabah terlebih dulu, untuk tujuan keselamatan.

“Berhubung isu ‘topless’ yang dilakukan pelancong asing seperti dakwaan pengadu, Taman Taman Sabah memandang berat perkara itu kerana tidak membenarkan sebarang aktiviti kurang sihat dilakukan di semua kawasan pulau-pulau yang terletak di dalam kawasan Taman Tunku Abdul Rahman,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Taman-Taman Sabah juga tidak teragak-agak akan mengambil tindakan ke atas mereka yang berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai di dalam kawasan Taman tersebut .

“Bagaimanapun, sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang aduan mengenainya, dan Taman-Taman Sabah akan menyiasat perkara ini lebih lanjut termasuk memantau lokasi tersebut,” ujarnya.

Hari ini, tersebar gambar gelagat wanita gadis warga asing yang bermain pasir dalam keadaan separuh bogeltanpa coli dengan tidak menghiraukan sensitiviti penduduk tempatan dan pelancong lain.

Aksi kedua-dua warga asing berusia sekitar 20-an itu bukan saja diperhatikan pengunjung kanak-kanak, malah perbuatan mereka berjaya dirakam beberapa pengunjung lain di pulau itu yang terletak di bawah bidang kuasa Taman-Taman Sabah (TTS).

baca juga

  1. Lelaki separuh bogel mengganas cari anak dara di Marang
  2. Isteri jual gambar separuh bogel di facebook kantoi dengan suami
  3. Guru wanita separuh bogel kantoi dalam kereta
  4. view more

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: