Rabu, 11 Februari 2015

Tidak .. Tidak ... Tidak .. kata Azmin

“Tidak, tidak, tidak. Kita punya puluhan pemimpin yang layak untuk pegang jawatan itu. “Yang penting ia dipersetujui semua pihak secara konsensus,” katanya selepas hadir mesyuarat Biro Politik PKR, di ibu pejabat PKR, malam tadi.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menolak untuk dicalonkan sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara selama lima tahun.

Kata Azmin, Pakatan Rakyat mempunyai banyak lagi pemimpin yang berwibawa untuk menerajui pembangkang di Parlimen.

“Tidak, tidak, tidak. Kita punya puluhan pemimpin yang layak untuk pegang jawatan itu. “Yang penting ia dipersetujui semua pihak secara konsensus,” katanya selepas hadir mesyuarat Biro Politik PKR, di ibu pejabat PKR, malam tadi.

Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan sabitan kes liwat II Anwar berdasarkan bukti ‘jelas’ bahawa Saiful telah diliwat oleh tertuduh.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat Saiful, tujuh tahun lalu.

Susulan daripada itu, Anwar lucut kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa seorang ahli Parlimen akan lucut kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: