Rabu, 11 Februari 2015

Aku harap calon kerusi palimen Permatang Pauh bukan dari anak beranak Anwar .

Sebutlah apa saja. Aku memang tidak setuju jika satu lagi anak Anwar jadi calon untuk kerusi Permatang Pauh. Ini bukan soal Anwar tapi pandangan rakyat terhadap isu ini kelak...

Spekulasi kini bertiup kencang kemungkinan anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha akan bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Bagaimanapun, ketika ditanya perkara tersebut kepada kakaknya, Nurul Izzah yang juga MP Lembah Pantai, enggan menjawab mengenai perkara itu.

Sidang media yang diadakan pada pagi ini bertujuan untuk memaklumkan tentang perhimpunan 'March for Freedom' dan tidak berbangkit mengenai calon bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

"Sukar untuk teruskan hidup dalam iklim politik di Malaysia terutama jika anda adalah pembangkang.

"Buat masa ini, ibu saya (Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) dan saya yang akan memimpin," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, naib presiden PKR itu berkata, keputusan berhubung calon kerusi di Permatang Pauh itu akan dibuat semasa mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadual Jumaat depan.


Sesetengah pihak mendakwa bahawa Anwar berhasrat untuk melihat, Nurul Nuha bertanding di kerusi kubu kuatnya itu, yang belia terpaksa kosongkan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.

Sebelum ini, terdapat kritikan yang sering menuduh bekas ketua pembangkang itu mengamalkan nepotisme apabila isterinya memimpin PKR dan anak perempuannya yang menjadi naib presiden parti.


* takziah buat Anwar dan keluarga. Kami rakyat akan terus bersama mengubah Malaysia ke arah lebih baik. lawan tetap lawan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

bunbinban berkata...

aku pun x setuju sorang lagi anwar jadi calon. Bkn kata dia x layak tapi ada lagi yg lebeh layak. JIka di calonkan juga, maka sukar bagi ahli utk menangkis segala tuduhan dan serangan berkaitan dgn keluarganya.

Tanpa Nama berkata...

aku lg x setuju, cukup-cukup la keluarga Anwar dicalunkn.
Kalau dah x de calun sangat suruh dyana sofea dari teluk intan tu bertanding....atas tiket PR juga...dia melayu walaupun dap

my 2 cents....

Tanpa Nama berkata...

Kalau Zulkifli Nordin masih dalam PKR, dia juga layak tapi sayangnya dia tu hampas.

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan saudara saifudin nasution, dia memang layak.....

Tanpa Nama berkata...

Abby Abadi pun ok jugak!