Rabu, 11 Februari 2015

"Saya lebih kacak dari Saiful.. tak pernah jadi apa-apapun..!"

“saya lebih kacak dari Saiful, dan pernah tidur sama-sama, tak ada apa-apa yang jadi.

Pernah tidur sekali, tak jadi apa-apa pun'

Suram. muram. gelap.

Itulah perkataan yang terlintas dalam pemikiran penulis sewaktu tiba di kediaman rasmi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut malam tadi.

Meskipun dimaklumkan bahawa keluarga Anwar dan penyokongnya berada di ibu pejabat PKR atau di Dewan Sivik MBPJ, gelap gelita dan kesunyian di kawasan sekeliling rumahnya membuatkan hati saya tidak selesa.

Lantas saya mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan kakitangan rumahnya di pondok pengawal.

Ditanya mengenai perasaan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, lelaki itu menjawab ia tidak menjejaskan kerjanya.

“Mestilah saya sedih, saya sudah 32 tahun kerja dengan dia (Anwar),” kata Abdullah Sani, 55, kepada Malaysiakini.

"Pernah tidur sama-sama, tak ada apa-apa yang jadi.

“Dan saya lebih kacak dari Saiful," kata bapa kepada tujuh anak itu dengan berseloroh.

Beliau juga berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes itu, bukan pembantu Anwar tetapi hanya rakan kepada seorang lagi bekas pegawai Anwar.

“Dia hanya rakan kepada bekas pegawai Anwar, Rahimi Osman. Dia ikut Rahimi ke mana-mana dan sentiasa ambil kesempatan untuk dilihat “merapati" dengan Anwar,” katanya.

- mkini

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Ezam pun boleh tahan juga, tapi tak pernah kena liwat. Memang sahih tuduhan itu adalah fitnah yg disusun rapi oleh orang Umno untuk menyekat kemaraan DSAI.

Tanpa Nama berkata...

YB Azmin pon hensem... x kena liwat pon.

Tanpa Nama berkata...

Masih aku ingat mamat pakistan dituduh kena liwat dgn anwar dlm kes liwat 1 dahulu...tak logik serta jijik

Tanpa Nama berkata...

tunggu je bala