Ahad, 1 Februari 2015

Orang kampung pun dah tak percaya Mahathir hanya sekadar tegur Najib ... hai hai hai

Cakaplah apa saja .. Macam tu juga dulu dengan Pak Lah .. siap keluar parti lagi hahahhaha...


Kritikan yang dibuat Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan hanya sekadar memberi pandangan sahaja bukannya menunjukkan perpecahan dalam Umno.

Ketua Wanita Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman berkata, pihak luar dari parti boleh mengemukakan pandangan kepada pihak yang memerintah.

“Saya tidak fikir ada dua kem (puak). Saya ingat itu adalah satu pandangan yang diberi oleh bekas perdana menteri dan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran parti dan kerajaan, meneruskan agenda pembangunan seperti yang telah dirangka.

“Jadi, kita sebagai pucuk pimpinan di peringkat yang mendukung pimpinan tertinggi kenalah menyokong kerana itu merupakan asas kepada kestabilan kerajaan dan parti,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen Save Your Dara dan perasmian Karnival Karangkraf, di sini, hari ini.

Menurutnya, segala pandangan yang dikemukakan itu terserah kepada pemerintah untuk mempertimbangkannya.

“Kalau di luar daripada parti dan kerajaan, pihak-pihak boleh memberi pandangan ataupun buah fikiran terpulang kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran negara untuk memberi pertimbangan.

“Kita percaya dan yakin kepada pucuk pimpinan Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau akan terus membawa kita ke mercu yang maju dan lebih progresif pembangunannya,” katanya.

Krisis terbaharu itu timbul selepas Tun Mahathir dan beberapa veteran Umno dilihat berterusan mengkritik pentadbiran Najib.

Dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian pada Disember lalu, Tun Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun (1981-2013) berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah Najib menukar banyak dasar ekonomi yang dilihat tidak memberi manfaat kepada negara serta mempersoalkan keputusan Najib berhubung pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Krisis antara dua kem itu juga seolah-olah ‘disahkan’ apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, menyebut beliau bersedia jadi orang tengah untuk menyelesaikan perbalahan antara dua kem itu.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: