Ahad, 1 Februari 2015

Cerita dalam kelambu sekolah bawah Kementerian Pendidikan

Kementerian Pendidikan digesa menyiasat laporan bahawa ada guru biasa yang menjadi guru besar.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, berdasarkan aduan yang diterimanya, perkara itu berlaku di beberapa sekolah rendah.

Katanya beliau sudah menerima satu aduan mengenai kes demikian bulan lepas dan satu lagi aduan bulan ini dan percaya banyak lagi kes seumpama itu yang tidak didedahkan.

“NUTP membantah kalau ada guru besar yang dilantik terus daripada guru biasa, kerana untuk naik pangkat sebagai guru besar mesti ada syaratnya.

"Kita mahu pemimpin-pemimpin di sekolah ini cekap, yang boleh jalankan tugas sebagai pemimpin untuk boleh mentadbir sekolah,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya NUTP tidak mempertikaikan kenaikan pangkat seseorang guru, tetapi ia mestilah melalui prosedur yang betul.

“Kita setuju program dan kursus yang ditawarkan Kementerian Pendidikan untuk guru penolong kanan ditawarkan kursus supaya mereka diberi peluang untuk naik pangkat.

“Tetapi kita tidak setuju jika guru biasa ditawarkan jawatan guru besar kerana syarat perlu jadi guru penolong kanan itu dipersetujui bersama antara NUTP dan pihak kementerian sejak tiga tahun lalu,” ujarnya.

Tambahnya, jika dibiarkan seseorang guru biasa terus dinaikkan pangkat menjadi guru besar, ianya akan mendatangkan masalah kepada sekolah.

“Berdasarkan pengalaman kita, guru biasa yang tidak pernah jadi guru penolong kanan, tidak ada pengalaman urus kewangan sekolah serta banyak perkara yang dia tidak tahu seperti mahu menyelesaikan masalah dengan ibu bapa bila hadapi masalah
serius. Kita mahu pemimpin yang berkualiti,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyuarakan kebimbangan berhubung cadangan rang undang-undang baharu berhubung merotan anak akan dijadikan kesalahan jenayah kerana ia akan melibatkan pihak sekolah.

“Maklum balas yang kita terima daripada guru-guru sekiranya mereka merotan jadi satu jenayah bermakna mereka akan hati-hati untuk rotan walaupun diizinkan dengan cara terkawal.

“Terkawal yang saya maksudkan ini kerana berdasarkan pekeliling menyatakan secara jelas, ordinan itu boleh pukul tapi ikut prosedur, contohnya kalau kes yang cukup berat seperti merokok,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, beliau mahu supaya Kementerian Pendidikan khususnya melihat semula kuasa merotan yang diberikan kepada guru besar bukan dikategorikan sebagai kesalahan.

“Kita mahu merotan di sekolah itu adalah satu cara untuk kita mendidik anak-anak kita, bukannya merotan di sekolah dikategorikan sebagai salah laku guru terhadap pelajar.

“Tapi kita (guru) mesti merotan pelajar dengan cara yang ditetapkan kementerian. Ini sangat jelas supaya guru ini faham, terutamanya guru-guru yang baharu berkhidmat,” katanya.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya ramai guru-guru penolong kanan tak mahu jawatan pengetua dan guru bear. mereka lebih suka naik pangkat dengan time base biasa.