Isnin, 16 Februari 2015

Orang dah meluat dengan perhimpunan bebaskan Anwar ..?

ALAHAI. Apo nak dikato.

Tak ramai yang ikut serta program perhimpunan 'babaskan Anwar'

Kenapa yek ..

Orang dah bosan ..?

Orang lebih meratap pemergian Nik Aziz ..?

Seharusnya ini tamparan maha hebat buat keluarga Anwar .. Sabar ...ini memang dugaan berat buat keluarga Anwar...

Aku rasa bukan orang tak nak berhimpun, mungkin orang memberi sokongan dengan cara lain ..

Mungkin orang sibuk tengah buat part time nak cover harga barang yang tak turun-turun. Nak harapkan kerajaan, hanya pandai menyalahkan orang lain jer..

Yang sengsara rakyat ..

Perhimpunan menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan #KITALAWAN yang berlangsung di hadapan kompleks beli belah Sogo, semalam, dilihat kurang mendapat sambutan.

Dianggarkan ratusan penyokong Anwar berpakaian serba hitam berkumpul di hadapan pusat membeli belah itu sambil melaungkan ‘Reformasi’ dan ‘Bebas Anwar’.

Perhimpunan bermula tepat jam 4.30 petang itu dibuat sebagai sebahagian daripada kempen March to Freedom anjuran ahli keluarga Anwar bagi membebaskannya daripada hukuman penjara.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad yang menghadiri perhimpunan itu berkata, beliau berharap himpunan tersebut akan diteruskan dalam usaha menggalakkan reformasi yang lebih besar.

“Ini mesej jelas bahawa anak muda mahu bangkit, tidak mahu lagi berada di bawah kerajaan yang kejam,” katanya dalam ucapan beliau.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah anak sulung Anwar, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR.

Kelihatan beberapa anggota polis mengawal keadaan sebelum perhimpunan bersurai secara aman pada jam 6 petang.

LAWAN TETAP LAWAN

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: