Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan pihak berkuasa juga harus melakukan tindakan sama dan bukan sekadar memberi amaran.
"Hari ini Shafee mula mengeluarkan kenyataan keputusan bila dia mengatakan Datuk S.Ambiga patut diambil tindakan kerana mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa Umno-BN.
"Mesej kita mudah, selagi mana mesej ini diulangi oleh rakyat Malaysia, kita hendak tengok sama ada Ketua Polis Negara, Peguam Negara atau Shafee sendiri akan ambil tindakan atau tidak.
"Kalau dia hendak sumbat kita dalam penjara, saya boleh jamin mereka tidak boleh sumbat semua anak muda dalam penjara," katanya ketika berucap pada perjumpaan Anak Muda Malaysia di Bangunan Persatuan Hokkien Selangor, di sini, hari ini.
Terdahulu, Shafee yang mewakili kerajaan dalam pendakwaan rayuan kes Liwat II mahu bekas presiden Majlis Peguam itu didakwa kerana menghina mahkamah kerana mengkritik badan kehakiman.
Pada 13 Februari lalu, Ambiga mengkritik Shafee kerana terus menyerang Anwar walaupun selepas kes itu selesai dengan keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari.
Mahkamah tertinggi itu mengekalkan sabitan kesalahan terhadap Anwar dan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Ambiga pada Jumaat berkata, Shafee melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat apabila beliau menyerang seorang tertuduh selepas mahkamah menyampaikan penghakiman.
* NIK NAZMI silap. biasanya penguatkuasa akan tangkap beberapa individu dan dihebahkan dalam akhbar dan media milik UMNO. maka akan kecutlah hati yanglain. tak ramai yang sanggup berjuang ...
Lagipun Si Shafee dah menang, agak2 dia peduli tak dengan cabaran ini?
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan