Rabu, 11 Februari 2015

Negara luar pun percaya Anwar liwat Saiful

Keputusan rayuan kes Fitnah Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat reaksi daripada pelbagai pihak di peringkat antarabangsa.



KUALA LUMPUR, 11 Februari :


Amerika Syarikat (AS) melahirkan kekecewaan dan kebimbangannya berhubung penolakan rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan.

Kedutaan AS di Malaysia menyatakan bahawa negara itu sentiasa mengikuti perbicaraan Ketua Pembangkang berkenaan dan berasa bimbang mengenai kedaulatan perundangan serta kebebasan Mahkamah di Malaysia.

Menurut kenyataan di portal kedutaan itu, AS dan Malaysia mempunyai kerjasama yang erat dan negara itu pernah meluahkan kebimbangannya yang serius mengenai kes Anwar.

Malah AS turut menggesa Malaysia menekankan aspek keadilan, ketelusan dan kedaulatan undang-undang bagi meningkatkan keyakinan dalam sistem kehakiman Malaysia dan demokrasi.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini turut memuat naik kenyataan Ikhwanul Muslimin, Mesir yang dipetik dari laman web rasmi pergerakan itu.

Antara petikan Ikhwanul Muslimin berbunyi: “Bersama-sama kita kehilangan seorang lagi wira! Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita akan mengingati hari ini sebagai hari gelap (Blackday) untuk keadilan. Revolusi hampir tiba.”

“Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dari Mesir dan Anwar Ibrahim dari Malaysia, mereka sentiasa meletakkan rakyat di tempat pertama tetapi akhirnya, ketidakadilan dengan konspirasi meletakkan Dr Mohamed Morsi dan Anwar ke penjara.”

Dalam pada itu, Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata, Australia kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan terakhir Anwar Ibrahim.

“Kami sangat prihatin dengan hukuman itu dan kami telah meluahkan kebimbangan terhadap kerajaan Malaysia.

“Sebagai rakan kepada Malaysia, Australia menggalakkan kerajaan Malaysia agar mempertimbangkan kesan terhadap keputusan itu, termasuk keputusan Anwar dan pengekalan Akta Hasutan di peringkat antarabangsa dan komitmennya kepada hak asasi manusia,” katanya seperti yang dipetik daripada ABC News.


Dalam pada itu, portal media itu juga memberitahu bahawa Senator Bebas dari Australia Selatan, Nick Xenophon menyifatkan keputusan tersebut sebagai ‘mempersendakan keadilan’.

“Semua kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, kumpulan ulama antarabangsa dan Kesatuan Parlimen Antarabangsa mengatakan perubahan ini direka bermotifkan politik.

“Keputusan itu benar-benar satu persendaan terhadap keadilan,” katanya.

Xenophon juga memberitahu media Australia itu bahawa beliau akan bercakap dengan wakil-wakil Komanwel mengenai kes Anwar.

Pada Selasa, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kes meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai lima anggota panel hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Anwar yang juga Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

Malaysia Darul Katun
Ada menteri, menterinya katun
Ada SPR, SPR juga katun
Ada kerajaan, pun sama juga katun
Ada hakim, yg arifnya hanya bertaraf katun.

Tanpa Nama berkata...

tak suka malaysia jangan duduk malaysia!!! syukur aku di japan...
jgn lupa bro, ada 9 raja, semuanya kartun sampai ke anak cucu kerabat semua

Tanpa Nama berkata...

bahaya yeop nanti kena akta hasutan...

Tanpa Nama berkata...

Betul tu, Silap orang Melayu juga, mata hati telah ditutup oleh Allah Taala. Hakim-Hakim yang tiada keimanan kepada Hari Pembalasan dan bertuhankan kpd Pemimpin mereka dan kebendaan.

armal berkata...

Tolong perbetulkan tajuk entri ni. Terima kasih.