Rabu, 11 Februari 2015

Ini dia musuh nombor satu Anwar

Penganiayaan politik terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi badan kehakiman berlaku kerana beliau merupakan ancaman nombor satu kepada kekuasaan Umno.

"Kes ini bukan sahaja mengenai Anwar Ibrahim tetapi dunia harus tahu bahawa terdapat penganiayaan yang jauh lebih besar dan tersusun yang sedang berlaku di Malaysia," kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan.

Tambahnya, dunia perlu tahu di Malaysia tiada kebebasan media dan pilihan raya bebas dan adil.

"Kita perlu tunjukkan kepada dunia bagaimana hak-hak asas demokrasi untuk pilihan raya terus dimusnahkan menerusi penindasan hak pengundi dan proses persempadanan yang tempang," ujar Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Sudah sampai masanya, kata beliau kita bawakan perjuangan menuntut kebebasan kepada dunia bahawa demokrasi, kehakiman dan pilihan raya kita telah dipenjarakan - usaha berterusan demi semua rakyat Malaysia.

"Kami yakin dengan kebenaran ini kerana sejarah dan peristiwa-peristiwa terkini terutamanya di Sri Lanka menunjukkan bahawa kemaraan kebebasan dan kebangkitan rakyat akhirnya akan berjaya," ujarnya.

Oleh itu, kata beliau hari ini bagi mereka yang merasakan kekuasaan dan kekayaan yang dibina dari penindasan dan ketidakadilan boleh kekal selama-lamanya wajib sedar masa mereka sudah tamat.

"Kami akan terus berjuang, terus mara dan tidak akan menyerah kalah demi Malaysia yang lebih baik," tegasnya lagi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: