Khamis, 12 Februari 2015

Jelas sekarang .. Mahathir memang suruh Najib letak jawatan .. tengok sini!

Seorang penjawat perlu meletakkan jawatan jika orang berpandangan beliau tidak melaksanakan tugas dengan baik.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi gambaran penolakannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila menyatakan akan meletakkan jawatan jika beliau yang menjadi Perdana Menteri pada masa ini.

“Saya akan letak jawatan sekiranya saya masih menjadi Perdana Menteri masa ini”, kata mantan Perdana Menteri itu.

Dr Mahathir menegaskan, seorang penjawat perlu meletakkan jawatan jika orang berpandangan beliau tidak melaksanakan tugas dengan baik.

“Jika orang (rakyat) berkata anda tidak bagus dan tidak menjalankan tugas dengan baik, sila letak jawatan,” katanya menjawab soalan salah seorang peserta forum The Malaysian Dilema, di sini.

Dr Mahathir mengaku beliau juga bukannya seorang yang baik dalam memilih penggantinya.

Jelasnya, beliau tidak boleh menjangka sama ada penggantinya yang dipilih itu baik atau tidak sebelum mendapat kuasa.

“Rakyat masa ini boleh menilai sendiri sama ada mereka bagus atau tidak. (Perdana Menteri) Najib telah melakukan tugas dengan baik atau tidak, saya tak pasti,” katanya lagi.

Ujarnya, beliau akan menyokong jika pemimpin negara itu melakukan perkara yang betul dan baik.

“Jika baik saya akan sokong, kalau salah saya akan cakap tak betul,” tegas beliau.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

2 x 5 = 5 x 2