Khamis, 12 Februari 2015

Bilik penjara Anwar cukup mewah ...

Tiada kelebihan, lantai diperbuat daripada simen, dan pintu jeriji daripada besi.



SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilayan sama seperti banduan lain di Penjara Sungai Buloh, lapor Sinar Harian.
Menurut Sumber dalaman Penjara Sungai Buloh yang enggan namanya didedahkan berkata, Anwar hanya akan dibekalkan bantal dan tilam di dalam sel yang menempatkannya.

“Anwar akan dapat layanan sama seperti banduan yang lain. Tiada kelebihan, lantai diperbuat daripada simen, dan pintu jeriji daripada besi.

“Memang ada sel yang ada katil dan sebagainya, tetapi itu kebiasaannya diberikan kepada banduan yang sakit atau tidak sihat,” katanya.

Pada 10 Februari mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar terhadap kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun lalu.

Keputusan muktamad itu dicapai secara sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Dengan keputusan itu, Anwar, 67, yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. ~RM

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: