Ahad, 1 Februari 2015

Gambar FAM pegang anak anjing .. siapa sebenarnya anjing ..?

Ini memang episode panas .. aku punnaik cuak dengna kontroversi terbaru penyokong bola sepak Malaysia .. dilaporkan penyokong JDT punya kerja ..!! Jom ikuti kisah yang aku copy paste dari blog ..

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan isteri kepada Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang jelas sangat kecewa dengan tindakan penyokong JDT yang merentangkan banner bergambar anjing memakai baju lambang FAM sambil memegang anak anjing.

Foto tersebut telah tersebar menerusi media sosial bagaimanapun telah mendapat kritikan orang ramai dengan menyifatkan perkara tersebut sangat keterlaluan.

Meskipun banner tersebut tidak ditujukan kepada Pahang namun tenyata ia dituju khas kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Bagaimanapun kami tidak tahu apakah sebenarnya maksud kain rentang dengan gambar anjing tersebut.

Semoga ianya tidak memberi maksud yang tidak baik kerana sukan adalah salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim dan merapatkan hubungan antara pihak lawan.


Hosted on: kamithemedia.blogspot.com



Tengku Puan Pahang Azizah Iskandar turut melahirkan kekesalan baginda menerusi Facebook terhadap tindakan penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim yang mempamerkan kain rentang (tifo) seorang pemimpin berwajah anjing. – Gambar Facebook, 1 Februari, 2015. Tengku Puan Pahang Azizah Iskandar turut melahirkan kekesalan baginda menerusi Facebook terhadap tindakan penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim yang mempamerkan kain rentang (tifo) seorang pemimpin berwajah anjing. – Gambar Facebook, 1 Februari, 2015. Seramai 12 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) ditahan kerana mempamerkan kain rentang (tifo) seorang pemimpin berwajah anjing dipercayai bertujuan mengaibkan pemimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu malam tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kesemua mereka ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan polis.

"Apa yang berlaku di stadium semalam adalah sikap segelintir penyokong yang tiada sifat bertanggungjawab, tiada adab, kurang berdisiplin, tidak peka dan tidak sensitif.

"Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri mengakui baginda kecewa dan menganggap isu kain rentang itu adalah satu perbuatan tidak wajar. "Penyokong yang tidak berpuas hati sepatutnya perlu mendapatkan fakta yang jelas terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Hamidin berkata PBNJ bertindak cepat dengan mengarahkan marshal yang dibantu dengan pihak polis bagi menangkap penyokong terbabit dalam masa sejam.

"FAM akan mengeluarkan surat pekeliling kepada semua persatuan bola sepak negeri dan kelab supaya memantau kain rentang penyokong masing-masing supaya tidak membawa sepanduk atau apa-apa yang boleh menimbulkan provokasi," katanya.

Hamidin turut menegaskan FAM bukan persatuan yang dikendalikan oleh seorang individu sahaja tetapi meliputi semua kelab dan persatuan negeri gabungan.

"Ini bermakna semua ahli gabungan di bawah FAM bertanggungjawab dalam hal ini dan semua penyokong di bawah naungan tersebut adalah tidak terkecuali," katanya.

Pada perlawanan semalam, JDT muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 dengan mengalahkan juara Piala Malaysia musim lepas, Pahang 2-0. – Bernama

* apa ulasan korang .. biadap ..? ke biasa je hehehehhe ....

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tidak molek. Walau saya penyokong JDT dan juga bengang dgn FAM tp kita mesti meluahkan dgn cara yg sopan. Bg FAM pula jgn merasakan kuasa ada di tgn anda, jgn anda berpihak kpd sesiapa ini kerana sama2 buat salah tp hanya JDT saja yg terkena

Tanpa Nama berkata...

Tidak molek. Walau saya penyokong JDT dan juga bengang dgn FAM tp kita mesti meluahkan dgn cara yg sopan. Bg FAM pula jgn merasakan kuasa ada di tgn anda, jgn anda berpihak kpd sesiapa ini kerana sama2 buat salah tp hanya JDT saja yg terkena