Agaknya Tok Pa dah tau yang BN akan gulung tikar kalau bertanding kat DUN CEMPAKA.. tu yang depa kata tak payah letak calon .. tapi aku rasa lebih dari itu, mungkin Tok Pa rasa segan dengan 'penangan' almarhum TG Nik Aziz.
Elok jugak tu, rasanya tak habis duit rakyat nak celup dakwat kekal yang kontroversi tu hahahahaha...
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan melalui pandangan peribadinya, BN tidak perlu meletakkan calon bagi mengisi kekosongan kerusi Dun Chempaka selepas kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tapi tu kan hanya pandangan peribadi, pandangan Najib yang 'cool' semasa menziarahi almarhum TG Nik Aziz tak dak siapa yang tau ... kita tunggu sampai masa tu nanti ..
Dalam tu aku jenguk-jenguk juga blog pro UMNO, memang sah lagi nyata, ramai blogger yang KJ gelar 'bodoh unlimetted' tu hahahahha tak puas hati dengan cadangan Tok Pa.
Kerana kerusi tu bekas kerusi Nik Aziz ajer maka BN tak perlu bertanding? kenapa? apa sebabnya? Apa fungsi pemimpin dan parti UMNO di situ? takkan tak boleh langsung dijual bagi menjadi pemimpin masa depan rakyat DUN Cempaka..! Apa dah jadi dengan semangat pemimpin setempat mahu pun pemimpin Kelantan?
Apa yang taksub@takjub dengan Nik Aziz? Nik Aziz hanya seorang politikus yang berjaya menjadikan musuh politiknya menggigil lari lintang pukang hatta sesudah kematiannya..! Pemimpin UMNO pun tersampok dengan takjub kepada Nik Aziz..! ~putra merdeka
Nampaknya blogger tu memang sah kena sawan .. orang ramai pergi ziarah almarhum dikatakan taksub ... sampai pemimpin BN yang pergi ziarah pun dikatakan telah terkena 'taksub' pada almarhum... apa punya bodoh la ...
Sekarang aku nak tunggu artikel dia kata orang PAS terlalu taksub pada almarhum TG Nik Aziz .. apa komen korang ..?
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
apa kata umno letak saja putraputra merdeka jadi calon kat dun cempaka? gerenti umno boleh rampas negeri kelatan hahaha...
Catat Ulasan