Khamis, 12 Februari 2015

Allahuakhbar .. sebak sungguh .. Tuan Guru Nik Aziz telah kembali ke rahmatullah .. | dijangka dikebumikan jam 10 pagi esok


Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Sesungguhnya tiada makhluk yang kekal melainkan Allah SWT.

Berita sedih ini telah disahkan sendiri oleh anak Tuan Guru Nik Aziz, Nik Abduh.

Sebelum ini anaknya Nik Mohamad Abduh menyatakan tahap kesihatan ayahnya kini kembali merosot.

“Tahap kesihatan ayahanda menurun selepas jalani rawatan pada ulsernya semalam."


Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia malam ini jam 9.40 malam.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Laporan lewat malam ini menyebut, Nik Abdul Aziz sudahpun dibawa pulang ke kediamannya dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

TG Nik Aziz dilaporkan telah dibawa pulang dengan berbantukan bekalan oxygen.

Kita ramai-ramai berdoa agar Allah memberi tempat terbaikAllahyarham ik Aziz,seorang tokoh yang disegani lawan dan kawan.

Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kota Bharu pada 19 Januari lalu.

Tahap kesihatannya merosot ketika bah besar melanda negeri itu.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: