Ahad, 15 Februari 2015

Bila la agaknya Raja Bomoh ni nak kena tindakan ..? Kebal ..?

Eh .. rupanya raja bomoh ni kebal dari undang-undang ye ..

Tak makan saman ..

tak makan kutuk orang ramai ..

Malah antarabangsa ada jugak yang perli dengan karpet terbang dulu .. masih tak kecik2 kemaluan tu hehehehehe ..

PERKASA tak nak turun tangan ke .. ni hal orang melayu jugak nih ... takkan dok kangkang je hehehehehe ..

Perbuatan 'Raja Bomoh Malaysia', Ibrahim Mat Zin menggunakan kayu golf kononnya untuk menghalau hantu raya yang dihantar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Menurut Harussani, perbuatan Ibrahim itu sama sekali tiada kaitan dengan perubatan Islam.

“Itu hanya perbuatan bomoh, perbuatan khurafat, tetapi dia (Ibrahim) gunakan ayat al-Quran untuk kelirukan orang ramai,” kata Harussani kepada Sinar Harian, semalam.

Harussani turut meminta Majlis Agama Negeri Selangor melihat peruntukan undang-undang yang boleh digunakan bagi mengambil tindakan terhadap perbuatan khurafat Ibrahim itu.

Ibrahim dalam satu video yang mula tersebar di internet kelmarin, dilihat kembali melakukan ritual luar biasanya, kali ini menggunakan kayu golf untuk menghalau hantu raya di Penjara Sungai Buloh.

Dia mendakwa menerima alamat terdapat empat hantu raya dihantar untuk membunuh Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di situ, namun tidak menyebut identiti pihak atau individu yang menghantar makhluk halus itu.

Dalam rakaman sepanjang 3 minit 27 saat itu, Ibrahim memulakan ritualnya dengan menggunakan dua teropong dipercayai diperbuat daripada buluh untuk melihat ke arah pintu masuk utama Penjara Sungai Buloh.

Dia kemudian mengangkat dua biji kelapa sebelum mula berdoa supaya perlindungan diberikan kepada Anwar bagi memastikan pemimpin pembangkang itu dapat menjalani hukuman dengan baik tanpa gangguan makhluk halus.

“Berikan perlindungan kepada Anwar, tegap dan tabahkan hati supaya dia senang buat amal ibadat dan jauhkan kejahatan orang yang hasad dengki daripada beliau,” doanya sambil membacakan beberapa potong ayat al-Quran.

Ibrahim kemudian dengan gaya seperti pemain golf menggunakan kayu golf sebenar bagi memukul empat biji limau yang diletakkan di atas jalan raya.
“Okay, alhamdulillah,” katanya selepas itu.

Untuk rekod, Ibrahim pernah mencetuskan kontroversi sehingga menarik perhatian media antarabangsa apabila menggunakan bubu mata pancing dan teropong buluh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi ‘membantu’ mencari pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac tahun lalu.

Kalau hangpa nak tengok video aksi 'main golf' tu boleh la hangpa tengok
sini


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: