Ahad, 15 Februari 2015

Anwar mengadu sakit belakang lagi

[KEMASKINI] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kehilangan berat badan sejak dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh Selasa lalu.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR berkata, ayahnya juga mengalami sakit belakang ketika berada dalam sel.

“Ayah mengadu sakit belakang kerana keadaan di dalam sel. Berat badanya juga susut sedikit.

“Tetapi semangat juangnya tetap tinggi,” katanya selepas hadir memberikan sokongan dalam himpunan #KITALAWAN bagi menyokong kempen untuk membebaskan Anwar di sini, semalam.
Beliau berkata, Anwar dilayan sama seperti banduan lain di penjara.

Nurul Izzah dan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, melawat Anwar di penjara itu kelmarin.

Menurut Nurul Izzah, Anwar juga menyatakan kekesalannya kerana pihak penjara tidak membenarkannya melawat jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meninggal dunia Khamis lalu.

Katanya, keluarganya sudah mampu menerima hakikat bahawa Anwar dipenjarakan sekali lagi.

“Kami sekeluarga memang masih terkesan tetapi kami perlu kuat memandangkan ayah sudah berpesan supaya kami tetap tabah dengan apa yang berlaku,” katanya.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: