Selasa, 24 Februari 2015

Anwar tolak pengampunan Diraja

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini menyatakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengemukakan permohonan pengampunan Diraja.

Menurutnya, hingga kini pihaknya tidak dimaklumkan mengenai sebarang permohonan pengampunan Diraja yang akan dilakukan oleh Anwar.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas gagal membatalkan sabitan liwatnya dan tanpa pengampunan Diraja, beliau akan kehilangan kerusi Parlimen di Permatang Pauh.

Tempoh permohonan pengampunan Diraja bermula sejak Anwar dijatuhkan hukuman pada 10 Februari dan akan berakhir pada 24 Februari (esok).

Selain itu, Rafizi turut menyatakan satu kempen juga akan dilakukan agar pihak polis membuka semula siasatan bermula minggu ini terhadap kes pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shariibuu.

“Cabang-cabang PKR, dan wakil-wakil rakyat PKR akan membuat laporan polis mendesak supaya siasatan dibuka semula. Kemudiannya, kami akan mengemaskini laman Twitter Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan nombor-nombor laporan polis.

“Ia dilakukan supaya beliau turut sama memberi tumpuan kepada isu pembunuhan Altantuya, bukannya memantau laman Twitter dan Facebook rakyat kebanyakan,” katanya.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen Pandan itu juga memberitahu bahawa beliau telah berbincang mengenai kedudukan Sirul Azhar Umar dengan beberapa rakan Ahli Parlimen dari Australia.

Jelas Rafizi, pihaknya juga dimaklumkan bahawa bekas anggota polis Unit Tindak Khas (UTK) yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Australia tidak boleh memberi temuramah televisyen atau media tanpa kebenaran dari Kerajaan Australia.

“PKR dalam proses untuk mendapatkan bantuan rakan dari kalangan Ahli Parlimen Australia untuk membuat permohonan rasmi supaya membenarkan Sirul ditemuramah di televisyen.

“Jika diberi kebenaran, ia membolehkan pihak media Malaysia dan antarabangsa mendapat keterangan terkini Sirul yang seterusnya boleh menjadi asas untuk membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya,” katanya.

Bahkan, Rafizi turut menyatakan pada masa terdekat PKR juga akan mendapatkan bantuan Ahli Parlimen Australia, Senator Nick Xenophone untuk berjumpa sendiri dengan Sirul bagi memastikan keselamatan beliau terjamin.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Raja mana nak ampunkan Anwar? Raja Melaka kot.