Merujuk laporan Malaysiakini, beberapa orang pengawal keselamatan telah memberitahu bahawa wartawan portal tersebut tidak dibenarkan masuk ke JPM atas “arahan pihak atasan”.
Laporan itu turut menyebut bahawa pas khas yang diluluskan oleh Jabatan Penerangan itu bernombor siri MD0204, telah ditandatangani oleh ketua pengawal keselamatan di JPM dan hanya berlaku sepanjang tempoh lawatan tiga hari Jokowi.
Selain dari sekatan keatas wartawan Malaysiakini, Geramm juga turut merakamkan kekesalan berkenaan ‘larangan’ bagi semua wartawan yang hadir untuk bertanyakan apa-apa soalan kepada Najib dan Jokowi.
Apatah lagi, Jokowi dikenali sebagai pemimpin yang ‘mesra media’ dan selalu berani berhadapan soalan daripada wartawan-wartawan di Indonesia, selaras dengan komitmen untuk mempertahankan prinsip kebebasan akhbar di Republik itu.
Walaupun jika pihak kerajaan Malaysia seakan agak keberatan mengiktiraf kebebasan akhbar, sekurang-kurangnya pihak berwajib patut menghormati sikap lebih mesra-media tetamu dari negara jiran terbabit.
Walau apapun, tentunya insiden ini akan mencalar imej Malaysia dan mencorotkan lagi kedudukan neghara dari segi menghormati kebebasan akhbar. - HARAKAHDAILY
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
bn ini dari kini dulu dan selama nye menyangak dana negara
Catat Ulasan