Ketegasan itu disuarakan Ketua Penerangannya, Datuk Halim Ramli yang menyifatkan laporan polis penceramah terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias oleh individu bukan Islam sebagai perkauman.
Menurutnya, isu berkenaan tidak sewajarnya ditimbulkan semula kerana ia berlaku enam tahun lalu.
Katanya, tidak timbul isu mengaibkan kaum tertentu di negara ini kerana kandungan ceramah disampaikan Ustaz Kazim itu menekankan isu pasukan keselamatan, Ketuanan Melayu serta Kesultanan Melayu.
“Isu ini sudah lama. Lagipun pada masa itu pasukan keselamatan kita dilabel dengan pelbagai gelaran tidak sepatutnya selain turut diperkatakan mengenai isu ketuanan Melayu diganggu dan isu Kesultanan Melayu dipertikai.
“Pada ketika itu, tiada satu pun tokoh politik menjawab isu-isu berkenaan kecuali Ustaz Kazim, tambahan pula ceramahnya bertajuk ‘Daulat Tuanku'," katanya ketika berucap pada himpunan 22 NGO di dataran Pusat Pendidikan Al Barakah, kelmarin.
Hadir sama, wakil Maap, Pembela, Pertubuhan Kebajikan Melayu Bersatu Perak, Maap Zon Utara Perak, Persatuan Kebajikan Persaudaraan Islam Perak, ATF Perak, Papim Perak, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Perkasa Perak, Pertubuhan Angkatan Muda Insaniah Malaysia, MJM Perak, Galas, Pekida Malaysia, Pertubuhan Laduni, Pesaka Gayung Malaysia, Putera Perak, Pondok Al-Jaafar Perak, Perkasa Manjung, Warga Melayu Malaysia Sungai Petani, Sirah Malaysia Perak, Paduka Perak dan CFFGM.
Halim berkata, pihaknya dan semua NGO di negeri ini akan terus bersama dengan Ustaz Kazim dan tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang menentang Islam di negara ini.
“Kami dari Maap serta NGO lain tidak akan bertolak ansur dengan musuh-musuh yang mahu menentang agama Islam. Itu niat kita.
“Biarpun dipertikaikan nanti kerana kedatangan kami bukannya berjubah atau berserban, tetapi dengan nawaitu untuk untuk agama, bangsa dan tanah air,” katanya.
* molek begitu, sepatutnya MAAP harus juga berani mendesak Najib melaksanakan hudud, menghentikan pengleuaran arak dan menghapuskan judi. Menghapuskan hiburan yang mendedahkan aurat. Jangan berkokok atas kepentingan tertentu.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan