SHAH ALAM – [KEMASKINI] Bekas ahli sebuah pertubuhan silat mendesak Persatuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap persatuan itu yang didakwa menjalankan aktiviti khurafat serta menyebarkan fahaman pluralisme.
Zulfahmi Abdullah Tamim, 28, mendakwa, persatuan itu menggunakan barangan seperti limau, api, lilin dan kemenyan dalam upacara berkenaan yang lebih menyerupai kepercayaan agama Hindu.
“Persatuan itu menjadikan silat sebagai alat untuk menutup kegiatan perubatan alternatif mistik yang menerapkan amalan kesamarataan agama termasuk Islam, Hindu dan Buddha serta unsur komunis.
“Malah persilatan itu mempunyai unsur-unsur rasis serta boleh memudaratkan ketenteraman awam termasuk menghina dan memperlekeh Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menceritakan penglibatannya dalam pertubuhan itu, katanya dia terjebak menerusi rakan-rakan yang memperkenalkannya pada awal 2009 dengan bayaran yuran sebanyak RM50.
“Bila dah masuk, lama-kelamaan saya rasa pelik. Pengajar pertubuhan itu pula bukan warga tempatan sebaliknya berketurunan India Muslim yang berkahwin dengan gadis tempatan.
“Saya dapati tidak sampai 20 orang ahli berketurunan Melayu Islam dalam persatuan sebaliknya dimonopoli oleh mereka yang berketurunan India beragama Hindu.
“Banyak perbuatan yang menjurus ke arah khurafat dan mencemar kesucian Islam. Setahun kemudian saya berhenti,” katanya.
Zulfahmi berkata, kegiatan yang berpusat di Sungai Buluh itu bergerak aktif sejak 2009 dan majoriti pengikutnya terdiri daripada kalangan bukan Islam.
“Persatuan ini turut menawarkan khidmat rawatan perubatan alternatif mistik berunsur agama bukan Islam selain menyalahgunakan amalan serta tradisi dalam bidang persilatan.
“Saya bimbang ia menjejaskan imej seni silat warisan Melayu yang terpalit dengan amalan khurafat. Kegiatan itu boleh menimbulkan kekeliruan dan memesongkan akidah generasi muda Islam khususnya,” katanya.
Beliau berkata, aktiviti persatuan itu harus dibendung segera pihak berkuasa kerana perbuatan mereka seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.
Zulfahmi membuat laporan Polis di Balai Meru, Klang dan laporan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Klang untuk tindakan lanjut.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
puak umno yg suka benda benda khurafat ini dan rasuah yg datangkan hasil dan kuasa pada mereka semua nya di bedal.
Catat Ulasan