Sabtu, 17 Januari 2015

Kah kah kah .. wanita misteri pertahan adegan peluk cium K-Pop tu ahli UMNO?

Apabila membaca artikel kat bawah, aku teringat akan 'perang' politik dan gaya pemikiran ahli UMNO beserta pemimpinnya.

Masih ingat sindiran 'syurga PAS' dan siapa kau nak tentukan syurga dan neraka seseorang? Maka itu bukan sahaja sudah jadi sindiran, malah itulah hujah puak UMNO ketika bertentangan dengan pakatan rakyat terutama PAS.

Dan aku juga teringat mengenai kenaikan harga barang adalah ketentuan Ilahi. Siapa lagi kalau bukan dari menantu bekas PM yang disingkirkan oleh Mahathir hahahahaha... boleh dia fikir ketentuan Ilahi ..? hahahaha

Maka dengan sedikit contoh di atas maka bandingkanlah pula dengan kenyataan wanita misteri di bawah;



SELEPAS banyak pihak memberikan reaksi negatif bersabit isu gadis K-Pop, hari ini tampil seorang 'wanita misteri' menyifatkan apa yang berlaku itu ketentuan ALLAH.

Dalam video berdurasi 5 minit 42 saat itu, wanita berkenaan berkata, bukan sahaja gadis-gadis yang dipeluk artis K-Pop itu sedang diuji malah masyarakat secara keseluruhannya juga sedang menghadapi perkara sama.

"Bukan mereka sahaja diuji, malah kita sebenarnya yang diuji juga. Mereka yang berada di atas pentas dengan keizinan ALLAH.

".... di sebalik video yang telah diviralkan, ALLAH sebenarnya mahu menguji kita ...yang hebat sangat menjadi keyboard warrior, yang maki, seolah-olah anda semua sangat hebat daripada anda lahir sampai sekarang, Jadi renung-renungkan lah diri sendiri apa sebenarnya hikmah dan pengajaran yang berlaku di sebalik peristiwa ini," ujarnya.

Video yang dimuatnaik ke YouTube itu kini telah menarik perhatian lebih 3,000 pelayar.

Kebanyakan komen pelayar mengecam pandangan gadis tersebut.

Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi) sudah membuka kertas siasatan berkenaan aksi kurang menyenangkan gadis Muslim bersama artis K-Pop baru-baru ini.

Jawi juga memberi tempoh seminggu kepada gadis-gadis yang terlibat supaya serah diri.

Hahahaha .. akhirnya hangpa sendiri yang buat keputusan mengenai mentaliti wanita misteri ini dan juga mentaliti ahli UMNO .. takkan dia ahli UMNO kot..? byee!


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: