Sabtu, 31 Januari 2015

Malang gadis sunti ini dirogol datuk tiri

SELANDAR - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.

Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya.

Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: