Masa saya kerja dulu-dulu pun, seronok bila dapat gaji apatah lagi selepas “kekeringan wang” lebih separuh bulan. Tapi, dapat sahaja gaji yang sehari itu, masuk pagi duit dalam account, bila petang atau paling lewat esoknya, insya-ALLAH dah “game over” bayar hutang. Itu pun ada lagi belum selesai.
Itu tahun 1995-97. Gaji RM1,500. Bekerja di firma stockbroking.
Hari ini saya nak tanya soalan-soalan penting ini:-
• Adakah anda rasa nilai wang anda semakin bagus?
• Adakah anda rasa kuasa membeli duit anda semakin tinggi?
• Adakah anda rasa dengan pendapatan dari gaji semata-mata adalah cukup untuk bersara dengan semakin sihat dan tenang (Jika panjang umur)?
Ramai hari ini seronok kerana masih ada gaji kan. Siapa tidak?
Cuma tidak ramai yang mempunyai pelan kewangan dan pelaburan yang bagus dan teratur untuk mereka lebih bersedia samada untuk bertahan di dalam ekonomi hari ini atau untuk persaraan mereka. Tidak kisahlah anda bekerja atau berniaga. Sebenarnya peluang untuk setiap daripada anda hidup dalam keadaan kewangan yang tertekan adalah tinggi.
Gaji anda sama ada rendah atau sederhana pasti akan terkesan dengan kos sara hidup semakin meningkat. Hutang yang tidak putus-putus dan makin banyak tertunggak.
• Kos sara hidup meningkat.
• Kos membesarkan anak-anak meningkat.
• Harga hartanah / rumah yang meningkat walaupun rumah kos rendah.
• Kos bahan binaan juga semakin meningkat.
• Kos pendidikan semakin mahal sedangkan tahap gaji kelayakan yang tinggi pun semakin rendah.
• Kos perubatan meningkat.
Dalam banyak-banyak kos di atas, cuba bayangkan satu daripadanya, sebagai contoh kos perubatan yang hari ini sudah meningkat ke tahap yang luar biasa 20-30 tahun lagi. Waktu itu, kita yang hari ini umur dalam lingkungan 30-40an akan berumur di antara 50-70an.
Adakah kos tersebut masih sama dengan hari ini. Jangan sampai tahap, hari ini kita guna kesihatan untuk mengejar kewangan, malangnya kewangan tersebut tak mampu nak beli kembali kesihatan ketika kita di ambang usia suatu hari nanti.
Sebab itu saya tertarik dengan amaran yang tertulis di sebuah billboard di Jakarta yang menyebut: “Jika anda tidak ada duit, anda perlu pastikan anda tidak sakit.”
Sesiapa yang ada terbaca berita semalam, 88% pekerja bimbang tak cukup duit bila bersara.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Nilai gaji RM3000 hari ini sama dengan gaji RM1500 tahun 2005 sebab kuasa beli ringgit semakin merosot berbanding dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Bayangkan orang yang pencen RM 1500 (separuh dari gaji RM3000) hari ini sama nilai dengan RM750 pada tahun 2005. Apabila GST dilaksanakan, harga barang dan perkhidmatan akan meningkat lebih tinggi kerana cukai berganda. Bayangkan apa akan berlaku kepada rakyat negara ini pada dan selepas bulan April 2015.
Catat Ulasan