Rabu, 28 Januari 2015

Mahathir - Najib mana ada 'berperang' .. merepek je korang ni hahahahha

Hahahha .. seluruh Malaysia dah tahu, Mahathir kritik Najib dan sampai ketika ada cakap-cakap halus yang keluar supaya Najib segera berundur .. itu bukan 'perang' lagi .. ?

Bila rakan sekutu Mahathir, Daim 'diserang' bertalu-talu dalam media perdana yang kita faham boleh 'dikuda' oleh pihak yang ada kuasa .. itu bukan perang lagi ke ..? hahahhaha

Dulu Mahathir - Pak Lah pun bukan berperang .. main-main je tu .. hahahhaha

Tak payah lah... semua orang dah tahu ...

Pandangan dan teguran dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus dianggap kedua-dua pemimpin itu sedang 'berperang', kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata pandangan Dr Mahathir adalah membina walaupun 'pedas' dan kadang-kadang tidak bersetuju, namun kerajaan di bawah pentadbiran Najib terbuka menerima kritikan.
"Saya kira kalau kritikan itu kena pada tempat dan mempunyai asas, kerajaan sentiasa berlapang dada untuk mendengar dan membaiki apa yang patut diperbaiki.

"Kalau nak kata satu 'peperangan dahsyat' yang sedang berlaku (antara Dr Mahathir dan Najib) adalah tidak betul," katanya selepas melancarkan penjenamaan semula Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) kepada SW Corp di sini Selasa.

Abdul Rahman berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung tawaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu menjadi orang tengah mendamaikan Dr Mahahtir dan Najib.





Sambil memberi contoh, Abdul Rahman berkata Dr Mahathir dan Najib ketika menghadiri majlis kelihatan duduk bersama, bercakap dan berbincang.

"Saya tidak fikir wujud sebarang isu besar. Mungkin terdapat perbezaan pendapat," katanya. ~msrtar

more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

mahathir dan najib kongsi satu dosa besar........memfitnah dan memenjara anwar ibrahim.

so u berdua jgn gaduh2 lah... seghrope je deme