Sabtu, 17 Januari 2015

Berita mengemparkan mengenai Dr Maza tersebar

Dalam satu kenyataan baru-baru ini mengatakan Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dicalonkan sebagai Mufti Perlis bagi menggantikan Dr. Juanda Jaya yang telah tamat perkhidmatannya pada tahun lalu.

Pelantikan ke atas Mohd. Asri, 44, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu dijangka akan diumumkan dalam jangka masa pendek.

Laporan sumber turut menyatakan jawatan itu adalah kali kedua bagi Mohd. Asri sekiranya pelantikan itu mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

"Bagi Exco dan kerajaan negeri, mereka bersetuju dengan apa sahaja keputusan Tuanku termasuk jika memilih semula Mohd. Asri yang berpengalaman luas dalam agama Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber turut melaporkan terdapat beberapa pencalonan daripada anak tempatan dikatakan akan mengisi kekosongan jawatan tersebut sebelum ini.

Mohd. Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 dan perkhidmatannya itu tamat pada November 2008. Beliau memiliki ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam Pendedahan Pengetahuan dan Warisan (Al-Quran dan Sunah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2003.

Beliau merupakan seorang penceramah yang juga dikenali sebagai Dr. Maza itu sering diselubungi kontroversi antaranya termasuk ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang kerana didakwa menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Mohd. Asri juga dilaporkan telah menulis puluhan buku dan ratusan rencana serta membentangkan kertas kerja dalam pelbagai seminar di dalam negara dan peringkat antarabangsa. -

p.s: mohon Tuanku perkenan perlantikan Dr Maza menjadi mufti.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Unknown berkata...

Anak jati Perlis kan ada

Tanpa Nama berkata...

kalau ada pun byk yang jenis mcm lembu kena cucuk hidung. takut pad pemeri buat apa.....

Tanpa Nama berkata...

* takut pada pemerintah dan umno bt apa.

Tanpa Nama berkata...

Tidak kira dia dari wilayah mana yg penting dia dapat bertugas dengan baik tanpa tekanan dari mana-mana pihak.

Tanpa Nama berkata...

apa kira anak jati atau bukan.

masa kita pi hospital bedah tak pulak minta doktor org kampung kita.

apa la