Sabtu, 17 Januari 2015

Ahli parlimen ni marah betoi pasal RM10

GEORGETOWN - Seorang ahli parlimen, di sini, naik angin selepas dikenakan bayaran tempat letak kereta sebanyak RM10. Gelagat Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik yang enggan membayar caj parkir itu dirakamkan orang awam sehingga kemudiannya dimuatnaik di Mykmu.net.

Video itu kemudiannya viral di laman sosial dan menjadi buah mulut orang ramai.

Melalui video berdurasi 2 minit 43 saat, Wei Aik dilihat tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran yang dikenakan kepadanya walaupun diterangkan oleh beberapa individu termasuk kakitangan pusat beli-belah berkenaan.

Dia juga memarahi anggota keselamatan yang berada di tempat kejadian.

"Awak jangan bercakap macam ini dengan saya, panggil pengurus. Saya tidak akan bayar," katanya.

Beliau juga mendakwa sistem berkenaan seperti tidak mengikut undang-undang.

Kemudiannya di dalam video sama, seorang wanita dipercayai kakitangan pusat beli-belah itu berkata, Wei Aik meletakkan kereta di bahagian tempat letak bawah tanah.

“Dia parkir dekat basement (bawah tanah), basement tak sama, basement jam 10 malam ke atas RM10,” katanya.

Seorang lagi wanita juga mendakwa ahli parlimen itu enggan mendengar penjelasannya mengenai hal tersebut.

Sementara itu, Weik Aik dalam kenyataannya berkata, dia melihat papan tanda bayaran dikenakan sebanyak RM5 jika kenderaan diletakkan dari jam 10 malam hingga 6 pagi.
Menurutnya, dia masuk pada 10.03 malam dan keluar setengah jam kemudiannya.

“Tiba-tiba pada mesin pembayaran yang saya kena bayar RM10, tidakkah saya rasa seperti ditipu,” katanya.

Kemudiannya setelah membuat aduan kepada kakitangan tempat letak kereta, Wei Aik mendakwa bayaran RM10 dikenakan kerana keretanya diletakkan di bahagian bawah tanah.

“Kenapa satu pusat beli belah ada dua bayaran tempat letak kereta berbeza,” katanya.

Beliau juga mendakwa anggota polis yang berada di tempat kejadian tidak menyebelahinya.

“Polis cuba bercakap agak kuat dengan saya, sepatutnya mereka bersikap neutral,” katanya.

Beliau turut menambah, setelah semuanya selesai dia cuba membayar RM5 kepada atendan tempat letak kereta.

Namun pihak pengurusan menolak wang tersebut.

“Saya hanya mahu bayar apa yang ditulis pada papan kenyataan sahaja,” katanya.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: