Jumaat, 30 Januari 2015

Begini kesudahannya hidup Zamani Slam ...

Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini diberitahu bahawa bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani telah mendaftar ke Rumah Pengasih dan telah pun diterima masuk ke pusat pemulihan berkenaan pada Sabtu lalu.


Perkara itu diberitahu oleh peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, dalam rayuan bagi mengurangkan jumlah jaminan setelah artis itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah di kediamannya, minggu lalu.

Ahmad Zaharil meminta jumlah ikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan dikurangkan dengan alasan jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah, justeru nilai yang terlalu tinggi itu seolah-olah anak guamnya telah disabitkan bersalah.

Zamani sebelum itu didakwa bersama-sama pembantu periba­dinya, Nur Juliana Abdul Rani, 32, memiliki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 1.2 gram di kediamannya di Taman Keramat, dekat sini pada pukul 12.30 tengah malam, 21 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Gerimis Mengundang itu juga didakwa memberikan dadah berbahaya jenis morphine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dekat sini pada pukul 2 pagi, tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, Zamani yang masih bujang didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.


Nur Juliana pula berdepan pertuduhan kedua di bawah seksyen dan hukuman sama kerana memberikan dadah jenis Amphetamine kepada diri sendiri pada pukul 2.05 pagi di tempat dan tarikh sama.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM6,500 masing-masing dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 Mac ini.

Zamani dan pembantu periba­dinya dibebaskan oleh mahkamah selepas kedua-duanya membayar ikat jamin pada pukul 5.10 petang. Zamani kemudian terus dibawa ke Rumah Pengasih.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: