hehehe apa motif dia? suka-suka? sakit mental?
Dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Bukit Aman, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar akhirnya ke tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi mensabitkan mereka bersalah terhadap tuduhan membunuh warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu, sembilan tahun lepas.
Panel lima hakim yang bersidang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria sebulat suara membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang memohon Mahkamah itu mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan kedua-dua mereka dua tahun lalu.
Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Tan Sri Abdull Hamid Embong; Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.
Dalam penghakiman yang dibacakan Suriyadi, mahkamah berpuas hati bahawa kedua- dua responden gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.
Katanya, notis alibi yang dikemukakan kepada pendakwaan tidak disokong oleh bukti kukuh oleh kedua responden.
Katanya, mahkamah mendapati kedua responden ada niat bersama untuk melakukan pembunuhan itu yang disokong dengan bukti barangan peribadi milik si mati yang dijumpai bersama responden kedua (Sirul Azhar).
Pada April 2009, Azilah dan Sirul dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam kerana membunuh Altantuya.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mendapati berlaku beberapa penyalaharahan (misdirection) oleh hakim Mohd Zaki Yasin dan mengarahkan kedua-duanya dibebaskan dari penjara pada 23 Ogos 2013.
Bagaimanapun ketika keputusan dibacakan sebentar tadi Sirul tidak kelihatan.
Bagaimanapun tertuduh kedua, Sirul Azhar Umar, 43 dilaporkan tidak hadir di mahkamah hari ini bagi mendengar keputusan tersebut.
Peguam kepada Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamaruddin hadir di mahkamah hari ini mengesahkan ketidakhadiran anak guamnya.
"Memang betul dia tidak hadir ke mahkamah hari ini. Yang hadir hanya Azilah.
"Mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya (Sirul) bagi memastikan dia menjalani hukuman," katanya ketika ditemui selepas menghadiri perbicaraan tersebut.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Korus semakin kuat mendesak..."MENGAPA ..? OH MENGAPA...." dan tirai pun dilabuhkan...?
Catat Ulasan