Rabu, 14 Januari 2015

Altantuya: Persetan dengan motif pembunuhan

Ramai juga yang tertanya-tanya kenapa kita asyik ulang sebut tentang motif. Bahkan ada yang fikir kita fitnah bila kita asyik ulang kenyataan kita bahawa yang kata motif pembunuhan tersebut tidak penting ialah hakim.

Sebenarnya bukan fitnah. Memang fakta. Aku baca kenyataan tersebut kat Utusan versi cetakan. Tapi aku berjaya menemukan artikel berita dari sumber Malaysiakini yang juga menerbitkan kenyataan yang sama. Hakim yang sama memberitahu bahawa motif pembunuhan tidak penting sekalipun motif sangat relevan dalam kes pembunuhan.

Kenapa perlu kita peduli tentang motif?

Bila kita tahu motif maka kita tahu la kenapa Altantuya dibunuh.

Sebab duit ke?
Sebab hutang ke?
Sebab kena ugut ke?
Sebab tahu rahsia ke?
Sebab skandal ke?
Sebab kantoi ke?

Bila motif kes pembunuhan sengaja didiamkan, disembunyikan, tidak dirungkaikan persoalan tersebut maka kita hanya nampak babak selepas pembunuhan. Babak sebelum pembunuhan tidak diungkit. Kenapa? Sedangkan babak sebelum pembunuhan dan selepas pembunuhan sama pentingnya kerana babak sebelum pembunuhan itula yang menyebabkan babak pembunuhan berlaku sehingga menyebabkan terhasilnya babak selepas pembunuhan.

Sekarang babak sebelum pembunuhan itu mahkamah tak bincang dan rakyat tak faham. Kita semua tertanya-tanya.

Kenapa berulang kali Sirul sebut dia dikambinghitamkan.

Kenapa berulang kali Sirul dan Azilah mendakwa mereka tiada motif untuk melakukan pembunuhan dan kenapa pula hakim menyebut bahawa motif pembunuhan itu tidak penting.

Sebenarnya. Biar aku berterus terang. Aku rasa ini apa yang rakyat fikir. Rata-rata yang mengikuti kes pembunuhan tersebut akan berfikir begini ;

- Sirul dan Azilah mengikut arahan pihak tertentu untuk melakukan sesuatu.

- Sesuatu itu mungkin ada kaitan samada melakukan pembunuhan atau menutup satu pembunuhan dengan pembunuhan (mengebom) yang lain.

- Kalau seseorang nak bunuh kau, kau takan duduk diamkan diri. Kau mesti lari atau lakukan apa sahaja untuk selamatkan diri. Maka dalam keadaan apakah Altantuya diletupkan. Ketika masih ada nyawa atau sudah hilang nyawa.

- Seseorang yang berkuasa sahaja mampu menghilangkan rekod kemasukan Altantuya di negara ini.

- A cuba melindungi B kerana B mengetahui dan terlibat secara langsung dengan 'kegiatan sulit' A sehingga A itu merasa bertanggungjawab untuk melindungi B dari didedahkan bagi menutup kegiatan tersebut atau A akan jatuh bersama B itu. Mungkin A tidak bersubahat dalam pembunuhan. A hanya bersubahat melindungi pembunuh disebabkan hubungan A dan B tadinya itu.

- Tangan ghaib tidak semestinya bermaksud dia melakukan pembunuhan. Tangan ghaib boleh juga bermaksud telah memesongkan jalan cerita atau kronologi pembunuhan atas kerelaan sendiri atau keterpaksaan ataupun kalau tidak selain dari kes pembunuhan, kes 'aktiviti tersembunyi' pula akan terdedah dan mengaitkan intergriti tangan ghaib.

Kerana itu motif atau babak sebelum pembunuhan tidak perlu kita rungkai satu demi satu persoalannya bagi memastikan cerita-cerita yang tidak perlu keluar dalam perbicaraan.

Inilah yang rakyat fikir. Ada sesuatu sedang disembunyikan. Azilah dan Sirul masih tidak berani mendedahkan kebenaran 100%. Kepada siapa yang mereka takut. Dan adakah ia membabitkan keselamatan nyawa orang-orang yang tersayang sehinggakan Azilah dan Sirul tidak berani berterus terang kepada rakyat sepenuhnya sebaliknya hanya gunakan kiasan kata.

Kami tidak mempunyai motif.
Kami tidak kenal Altantuya.
Kami ialah polis dan kenapa pula kami akan bunuh wanita itu.
Kami dikambinghitamkan.
Kami dianiya oleh mereka-mereka yang menjadi saksi untuk memastikan kami dihukum bersalah.

Kenapa guna CLUE. HINT. PETUNJUK.

Kenapa tak cakap DIRECT. Kenapa tak sebut NAMA. Kenapa tak cerita TERUS TERANG.

Ada sesuatu yang menyekat mereka. Dan aku taktau apa bendanya tue. Seperti itulah juga aku rasa rakyat keliru apabila seseorang yang berpangkat tinggi seperti HAKIM boleh berkata bahawa motif pembunuhan itu tidak penting sungguh pun ia adalah sangat relevan dalam satu-satu kejadian pembunuhan. Motif itu lead kepada tindakan. Dengan menutup motif kejadian maka ada sesuatu yang sedang diselindungkan. Tolongla. Berhenti anggap semua rakyat bodoh nak mampos macam penyokong UMNO. Ok. Tolong la ek.

Lihat dan hadam ini sendiri.
















Dan. Banyak kali juga aku terfikir. Bahawa mungkin mereka dah terkantoi melakukan pembunuhan. Mungkin mereka cuba memesong jalan cerita dengan menyelitkan unsur-unsur penafian dan pengakuan tipu bagi membolehkan mereka dibebaskan. Ini mungkin plan awal. Tetapi rancangan mereka gagal. 2 sangkut dan satu bebas. Plan asal mungkin kita bebas bersama-sama. Plan asal mungkin kalau buat begini kita dapat begini. Tapi plan-plan itu sebenarnya plan untuk mengaburi pemikiran kita. Akhirnya kita tak bebas dan tak lepas. Kita sangkut atas satu pembunuhan yang kita tak pernah ada motif untuk melakukannya. Mungkin itu juga yang berlaku dan kita dah terperangkap dengan permainan kita sendiri. Tak siapa tahu selagi mana Sirul dan Azilah taknak buka mulut cerita dari awal sampai penamatnya. ~RM

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: